Drama Hindi | Yehh Jadu Hai Jinn Ka! (TV3)

Drama Hindi | Yehh Jadu Hai Jinn Ka!

Drama : Yehh Jadu Hai Jinn Ka!
Slot : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma

Yehh Jadu Hai Jinn Ka! drama hindi terbaru yg mengisi slot Sonia TV3 bermula 12 Januari 2021 setiap hari isnin hingga khamis jam 4.00 petang.

tak tahu bila drama Main Naa Bhoolungi yg sebelum ni ditayangkan habis, tak tahu ending dia macam mana tapi tak kisahlah sebab aku tak curious pun dengan ending dia.

kebetulan pula dapat tengok episode awal drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!. walaupun awal tu dok gelak-gelak  sebab cite  merapu tapi dah genre fantasi, layan je lahh. plus hero dia hensem wei..haha

Yehh Jadu Hai Jinn Ka!

Yehh Jadu Hai Jinn Ka mengisahkan Aman yg mempunyai kuasa sakti bertemu gadis biasa bernama Roshni yg menjadi penyelamatnya daripada sumpahan jin.

Suatu hari, Roshni secara tak sengaja telah terlanggar kereta Aman. Aman pada awalnya tak ambil kisah sangat tapi belum sempat nak buka mulut, Roshni dah gelabah membebel bukan-bukan sampai Aman naik menyampah bila Roshni cakap yg Aman anak orang kaya yg tahu guna duit mak bapa. 

Aman yg bengang lalu rosakkan kereta Roshni dengan kuasa saktinya, mau tak terkejut bila kereta kau tetiba melayang depan mata. itulah orang cakap kerana mulut, kereta binasa.

Yehh Jadu Hai Jinn Ka!

selepas pertemuan pertama, Aman dan Roshni bertemu lagi yg mana terjadi peristiwa pelik sehingga mengancam nyawa mereka. Aman tak tahu yg nyawanya dalam bahaya kerana menjadi buruan jin. Aman juga tak sedar kerana kehadiran Roshni, jin tersebut tak dapat menyerang Aman.

seriusly, tengok first episode agak memeningkan dan aku pun sambil tengok drama ni sambil buat benda lain memang tak fokus sangat. so aku tak faham kenapa jin tu nak serang Aman. mak dan nenek Aman pun tak habis membebel pasal jin tu yg akan muncul untuk menghantui hidup Aman. 

mak dan nenek Aman paksa Aman untuk bertunang dengan seorang gadis bernama Adaa. nenek Aman percaya yg Adaa adalah 'Ayana', gadis yg mempunyai hati yg baik seperti malaikat dan tidak boleh melihat orang lain dalam kesusahan. 

kononnya Ayana juga yg boleh protect Aman daripada serang jin tersebut tapi Aman sendiri tak sedar yg sebenarnya dia dah jumpa orang tu.

Yehh Jadu Hai Jinn Ka!

dipendekkan cerita, dahulunya ayah Aman iaitu Junaid Khan ni orang kaya tapi jatuh bankrap sampai maruahnya pun dipijak orang. Junaid pergi bertemu Jin dan buat permintaan untuk menjadi manusia paling kaya di atas dunia sebagai balasan Jin mahu mengambil anak sulung Junaid.

maybe dah tiba masa kot Jin tu nak ambil Aman sebab nyawa Aman tak habis diancam bahaya. sampaikan hari pertunangan Aman pun Jin tersebut datang menyerang. kuasa sakti Aman pun tak mampu nak melawan Jin tersebut kecuali dengan kehadiran Roshni.

Aman berjaya mengalahkan jin yg cuba menganggu hidupnya. namun pada hari perkahwinan muncul jin tanah yg menyamar sebagai Adaa. kerana muslihat jin tanah terbongkar, jin tersebut marah lalu menyumpah ibu Aman.

Aman mahu menyelamat ibunya dan pada ketika itu Aman dan neneknya baru sedar yg Adaa bukan Ayana yg dicari mereka tapi sebenarnya adalah Roshni. Roshni sahaja yg menjadi harapan mereka untuk menyelamatkan ibu Aman daripada sumpahan jin tanah.

Yehh Jadu Hai Jinn Ka!

hati Aman yg berbunga bila dapat tahu Roshni adalah Ayana yg dicarinya mula benci bila dapat tahu status Roshni adalah anak kepada penari lagi-lagi bila ternampak Roshni menari di rumah orang kaya.

ibu Aman sangat anti dengan golongan penari kerana baginya penari adalah perempuan murahan yg suka menganggu kebahagian rumah tangga wanita lain. ibu Aman sendiri tak rela diselamatkan oleh Roshni dan benci dengan status Roshni sebagai anak penari.

keadaan semakin terdesak apabila keadaan ibu Aman semakin parah. Aman terpaksa membuat keputusan berkahwin dengan Roshni demi menyelamatkan ibunya. Roshni pula setuju berkahwin dengan Aman kerana dia memerlukan wang untuk pembedahan ibunya yg sedang tenat di hospital.

Tonton Online: Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!

Baca juga : Sinopsis Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Musim 2

13 comments:

  1. tak pernah tengok lagi drama hindi...Kalau siang2 mmg tak merasa la tengok tv..berebut dgn anak

    ReplyDelete
  2. supernatural , put in the list

    ReplyDelete
  3. Heroin dia muka macam isteri Awie

    ReplyDelete
  4. sekali tengok drama hindi pasti ketagih sampai tengok abis!

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok drama hindi. Peminat hindi mesti suka tengok cerita hindi moden ni :)

    ReplyDelete
  6. Banyak betul drama hindi nie sekarang.. Tak terkejar rasanya nak marathon tengok suma drama nie...

    ReplyDelete
  7. ohh ada kuasa sakti. jadi penyelamat teringat macam cerita sweet dreams Ben Amir Mira Filzah tu :)

    ReplyDelete
  8. Best jugak la tp tak dapat tengok tiap hari tengok bila ade cuti je 😀😀😀

    ReplyDelete
  9. Pakaian si Amman semua Branded juga, tgk Rayban.. Pasti mahal tu beli di Online atau kedai cermin mata di Sogo..

    ReplyDelete
  10. ad 218 episode semua..tyangan asal oct 2019 smpai nov 2020..setahun yaa🥴🥴🥴

    ReplyDelete
  11. Berapa agaknya episod dia ye.. hero handsome tu setuju.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Kat mane ye nak tgk online cite ni? Ada sesapa tau ? Part benci tapi rindu tapi sayang tu yg best tu hehe. Bnyk eps miss dah ni

    ReplyDelete