Telefilem | Kak Kek Baru Nak Up (2020)

Kak Kek Baru Nak Up

Telefilem : Kak Kek Baru Nak Up
Produksi : U2 Media Sdn Bhd
Pengarah : Irwan Abdul Rauf
Penulis Skrip : Azreen Said
Tayangan : 27 Disember 2020
Siaran : Astro Ria
Pelakon : Catriona Ross, Mark Adam, Yusuf Bahrin

Kak Kek Baru Nak Up

Kak Kek Baru Nak Up mengisahkan Kathy (Catriona Ross) yg diberhentikan kerja selepas PKP. Kathy malu juga nak bertanyakan kawan-kawannya tentang kerja kosong lalu mengambil upah melipat kotak makanan. 

Danny (Mark Adam) yg tahu Kathy dalam kesusahan menyuruh Kathy pulang ke kampung kerana Danny mampu menyara hidup mereka berdua dengan kerja yg dia lakuka sekarang.

Danny dan Kathy ni sebenarnya kembar yg berasal dari Kelatan. memula macam pelik juga bila aku tahu mereka ni kembar, iyelah boleh ke Mark Adam nak kecek kelate tu  tapi Danny cakap dia dah lama merantau bila balik Kelantan dah tak reti nak cakap Kelantan. 

masalahnya Kathy kecek kelate pun dia tak faham. adoi layan je lah perangai Mark Adam jadi orang kelantan celup dalam telemovie ni..haha

Kak Kek Baru Nak Up

Danny pun menerima nasib sama diberhentikan kerja kerana PKP tapi dia tak putus asa disitu dengan menjadi chef di rumah dan menjual makanan dari rumah. Danny juga ada membuat food review di instagram miliknya.

Danny mengajak Kathy membuat kerja review manalah tahu ada rezeki di situ. sebagai permulaan Danny menyuruh Kathy membuat tutorial tudung sementara mengumpul follower. tak sangka ramai yg suka melihat gelagat Kathy yg tak perasaan dirinya dirakam ketika bersembang dengan Danny dengan tudung yg senget.

sejak itu Kathy menggunakan nama Kak Kek dengan imej bertudung senget dan membuat food review dengan menggunakan loghat kelantan. semakin hari makin bertambah peminat Kak Kek kerana suka dengan review jujurnya dan imej yg unik.

Kak Kek Baru Nak Up

Imran bekas juruterbang yg menjadi runner selepas diberhentikan kerja. Imran berkawan baik dengan Danny dan terkejut bila dapat tahu Danny ada kembar. Imran jatuh hati pada Kathy walaupun ada jarak umur antara mereka dan Kathy sangat garang dengannya.

atas permintaan Danny, Imran membantu Kathy dengan kerja review mereka dan juga sangat rajin mempromosi Kak Kek dan juga mencari pelanggan baru.

Kak Kek Baru Nak Up

pernah tengok Catriona berlakon citer komedi waktu dia tengah hot jadi heroin dulu tapi sekarang dah terbiasa tengok dia berlakon watak mak-mak. ok je lakonan Catriona sebagai Kak Kek tapi kalau tak ada Mark Adam memang krik krik la telefilem ni.

7 comments:

  1. mark adam berlakon..sure lawak gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dia cuba nak jadi serius tapi tetap lawak..haha

      Delete
  2. Kelakar telatah kak kek ni. Tapi kurang faham sikit loghat dia. Mark adam pun semakin bagus berlakon dan cakap melayu pun dah fasih dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sepatutnya kena letak subtitle juga. baru best sikit tengok..hehe

      Delete
  3. bla tgk catriona ni kan sy mmg x leh lupa cerita mek salamah dari scotland tu hhahaahhaha

    ReplyDelete
  4. Sisyat suka kak kek.. hehe
    orangnya selamba..suka sangat

    ReplyDelete
  5. penyerinya mark adam lah ye Tiara..

    ReplyDelete