Resepi Agar-Agar Gula Melaka


Agar-agar gula melaka ni favourite aku, kalau terasa nak makan request je kat mak, tak pernah buat pun. bila mak tak dapat masuk dapur nak suruh siapa buat pula kalau bukan diri sendiri. 

sebenarnya senang sahaja nak buat agar-agar gula merah ni, bahan pun tak banyak tapi mak pula bagi resepi agak-agak. adoyai kita tak reti nak agak so kena google juga sebab nak tahu sukatan bahan.

Bahan yg diperlukan:
  • agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • daun pandan
  • secubit garam

agar-agar tali tu main agak-agak sebab mak kata bubuh sepeket tapi macam terlebih muatan pula so aku guna dalam separuh peket macam tu.

Cara Memasak
  1. Rendam agar-agar tali terlebih dahulu sehingga kembang. toskan airnya.
  2. Rebuskan agar-agar bersama air dan juga daun pandan. masak sehingga agar-agar larut dan menjadi jernih.
  3. masukkan gula merah dan gula pasir. kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
  4. dalam bekas lain, masukkan santan, telur dan garam. kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam periuk. teruskan kacau sebab tak nak adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk.
  5. masak sehingga 1 ke 2 minit lagi sehingga mendidih.
  6. matikan api dan boleh tuang adunan ke dalam loyang.


kena tunggu agar-agar sejuk dahulu baru simpan ke dalam peti sejuk. nanti akan nampak agar-agar ni jadi dua lapisan bila bahagian santan dah naik ke atas. bila dah keras dan sejuk barulah boleh dihidang dan sedap di makan.

aku refer resepi ni dekat youtube juga so kredit kepada youtube channel Pesona Putri. nervous tau sebab first time buat, takut tak jadi. mak pun cakap ok kira ok la tu..hehe

14 comments:

  1. Sedapnye makan sejuk2
    selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. wahhhh nampak mcm senang nak buat, ok boleh dicuba ni. nak beli gula melaka dulu.

    ReplyDelete
  3. Letak dalam peti ais lepastu makan sejuk2 memang best ni hehe
    Kenapa takda gambar waktu potonggg.

    ReplyDelete
  4. alamak tersinggah tgk pulak

    ReplyDelete
  5. Sis puasa ni belum ada buat lagi agar-agar...nanti nak buat, kegemaran sis juga ni..

    ReplyDelete
  6. oo cenggitu buatnya.. biasa buat agar-agar merah jerk.. hiks..

    ReplyDelete
  7. Haa, bahan dah ada. Apa lagi, buat laa. Haha

    ReplyDelete
  8. suka agar2 ini. simple n mudah nak buat.esok boleh cari bahan

    ReplyDelete
  9. Antara agar2 fav kak ana. Senang nk buat.

    ReplyDelete
  10. Kalau pergi bazar tempat agar2 mesti ambik yang gula melaka ni. Sedapppp

    ReplyDelete
  11. wahh masa pkp ni la boleh cuba banyak resepi kan hehe

    ReplyDelete
  12. senarai bloglist SYM dah update
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/senarai-bloglist-sym-12020.html

    ReplyDelete
  13. ni febret kita gak ni, sedappp! pandai makan, tak pandai buat sangat...selalunya orang lain buat, kita tolong habiskan..haha

    ReplyDelete
  14. aduhai. sedap nyer ni.
    aida jarang buat agar2.
    x brape pandai :)
    tapi, suka makan hi hi hi hih i...

    ReplyDelete