Novel : Jangan Menangis Cinta
Penulis : Siti Rosmizah
Muka Surat : 987
Penerbit : SR Publication
Terbitan : 2017
SIPNOSIS
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.
REVIEW
lama juga tak membaca novel Siti Rosmizah, last baca zaman belajar dulu, novel Takdir Itu Milik Aku. novel ni pun tak terkecuali banyak main dengan emosi dan banyak watak yg menguji kesabaran aku untuk terus baca novel ni sampai habis.
watak Zafran memang terlalu tinggi ego dia dan terlalu bermegah dengan diri dan status keluarga. walaupun sayang dengan isteri tapi kerana anak yg dilahirkan kurang sempurna sanggup buang anak, buang isteri.
banyak watak dalam novel ni yg sangat menyakitkan hati, ada yg terlalu bermegah dengan kemewahan dan keturunan, ada pula yg tak boleh terima takdir hingga hati penuh dengan dendam dan benci. novel yg penuh dengan pengajaran.
banyak watak dalam novel ni yg sangat menyakitkan hati, ada yg terlalu bermegah dengan kemewahan dan keturunan, ada pula yg tak boleh terima takdir hingga hati penuh dengan dendam dan benci. novel yg penuh dengan pengajaran.
ciri-ciri orang tak ada iman zafran tu..
ReplyDeleteJanjiKita
selfish & ego sgt mamat tu.
Deletewahh novel baru
ReplyDelete