Drama : Andainya Takdir
Slot : Samarinda TV3
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Shukri Yahya, Nina Iskandar, Puteri Balqis
Sinopsis Drama Andainya Takdir
Kisah rumah tangga Fatihah bersama Airil yg penuh dengan cabaran dan mereka mempunyai anak bernama Aleya. Walaupun luarannya Airil seperti seorang suami yg penyayang dan romantik tetapi sikap cemburu buta dan panas barannya sukar dijangka sehingga Fatihah dipukul.
Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya demi anak mereka. Ketabahan Fatihah bukan sahaja diuji dengan perangai suaminya malah sikap ibu mertuanya, Normah yg gemar mengata dan berprasangka buruk. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah dan sikap Airil yg selalu menyebelahi ibunya selalu membuatkan Fatihah rimas untuk balik balik ke rumah ibu mertuanya.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya?
REVIEW
memang geram dan menyampah dengan watak Airil. depan orang sweet tak terkata tapi kat rumah bila angin tak betul datang kau buat bini macam punching bag seriusly scary kot bila suami ada split personality macam ni. bertambah scary bila orang luar langsung tak perasan yg isteri jadi mangsa keganasan rumah tangga.
betul la cakap Fatihah tu, jangan tengok luaran sahaja dan terima lelaki tu sebab nampak sweet dan romantik tapi siasat dulu background dan asal usul dia sebelum kahwin. mana tau sebelum kahwin lembut gigi dari lidah tapi bila dah dapat tak hargai langsung. itulah realiti yg kadang kita tak sedar.
skrip yg bagus dan banyak pengajaran yg boleh diambil dari drama ni. kalau tak sempat tengok kat tv jom tengok online..hihi
betul tu..best drama ni
ReplyDelete