Sinopsis Drama My Sweet Lavender (TV9)

Sinopsis Drama My Sweet Lavender (TV9)

Drama : My Sweet Lavender
Slot : Slot Azalea TV9
Masa : Selasa-Ahad | 8.30 Malam
Pelakon : Zara Zya, Adi Putra, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, Haliza Misbun.

Sinopsis Drama My Sweet Lavender

Laila (Zara Zya) seorang pengawai insurans dan mempunyai kekasih bernama Danish (Aeril Zafrel) yg merupakan anak orang kaya. Percintaan mereka tidak disukai oleh kedua ibu bapa Danish dan mereka juga mempunyai calon menanton pilihan iaitu Sara.

Kenyataan Sara yg mengaku sebagai kekasih Danish menyebabkan Laila bergaduh dengan Danish dan membawa diri di samping menyelesaikan kerjanya di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita bernama Kalsom.

Kalsom adalah isteri kepada Amirul (Adi Putra). Kesan daripada kemalangan tersebut Laila hilang ingatan dan kesempatan tersebut digunakan oleh Amirul untuk membalas dendam terhadap Laila. Amirul mengatakan Laila adalah isterinya dan ibu kepada anaknya.

No comments:

Post a Comment