Review Novel | Kitab Lama by Sha Hanim Ramli

Review Novel | Kitab Lama by Sha Hanim Ramli

Novel : Kitab Lama
Penulis : Sha Hanim Ramli
Helaian : 416
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : Ogos 2015

SIPNOSIS
"Pendatang, tetap pendatang. Mereka datang dan kemudian pergi setelah memerah segala hasil kita. Seperti penyamun. Mereka takkan sanggup bermandian darah demi tanah air dan bangsa lain."
Malim dan Martin, dua insan serupa tapi tak sama yang merentasi dimensi alam, menyusur dari Kitab Hikayat Malim Deman. Dia dikembalikan ke zaman pemerintahan Inggeris dan Jepun yang dipenuhi derita. Lalu di situ, dia mencari jati dirinya. Mengenal dan melihat kekuatan bangsa sendiri demi sebuah Daulah. Daulah itulah yang mengalir ke segenap darah-darah bangsa Tuah.
Namun jiwanya rentan, pabila tiba saatnya dia dipaksa mencabut nyawa kekasihnya sendiri, Merah. Apatah lagi Merah lebih sanggup mati di tangan Malim, daripada hidup menjadi hamba di kem tahanan. Semua sudah maklum, tiada gadis yang berjaya keluar dari kem itu hidup-hidup. Sama ada mereka mati diseksa, atau mati terseksa.

REVIEW

Pertama kali nak ucap terima kasih kepada blogger Kasihku Amani, Kak Sha yg hadiahkan buku ni. sebelum ni pernah nampak nama penulis, Sha Hanim Ramli tapi tak pernah jumpa buku dia di kedai buku so pertama kali baca karya beliau, apa yg boleh cakap, aku dah jatuh hati dengan gaya penulisan Sha Hanim Ramli.

Kitab Lama mengisahkan Martin yg hidup di tahun 2013 mengembara merentasi zaman ke tahun 1942, zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Martin terpaksa menerima hakikat yg dia kini hidup sebagai Malim, anak penghulu Damang yg berjuang melawan kekejaman tentera Jepun di Kg Semboyan.

watak Martin ni digambarkan sebagai remaja berusia 17 tahun, anak hartawan yg mempunyai gaya hidup agak bebas hingga lupa jati diri sebagai anak melayu. Martin sebenarnya beruntung sebab dapat mengembara dan kenal dengan orang yg hebat seperti Penghulu Damang, Pak Andak, Lebar dan juga penduduk Kg Semboyan yg lain kerana dari situ dia mula mengenali jati diri sebagai orang Melayu dan menanam semangat patriotik dalam dirinya untuk berjuang mempertahankan bangsa dan agama.

selain daripada Sejarah Tanah Melayu dan kehebatan orang Melayu, ada juga disebut tentang Hikayat Malim Deman yg dikatakan menjadi susur galur kepadaketurunan Penghulu Damang. bagi aku part ni yg paling menarik sebenarnya tapi penulis tak tulis dengan lebih details tentang keturunan kayangan ni dan juga siapa Buraq, Jentayu dan Naga yg dikatakan sebagai penjaga kitab lama. so part ni memang kekal misteri mungkin mesej kat sini tak semua benda kita patut tahu sebab rahsia tu kekal menjadi rahsia.

ada quote yg aku suka dalam buku ni.
ketahuilah, Melayu memang kuat. Tapi sejarah kekuatan bangsa kita ditutup oleh penjajah hingga ke hari ini.
Kerana dengki khianat, gila kuasa, dusta, fitnah yg melata di kalangan umat Melayu kita. Itu puncanya kita kalah. sebenarnya, hanya melayu yg mampu musnahkan Melayu.

overall, Kitab Lama sangat best, banyak pengajaran dan peringatan yg ada dalam buku ni. aku rasa generasi muda terutama budak belia remaja patut baca buku ni supaya kita tak lupa sejarah sebelum kita merdeka bagaimana susahnya kita nak mencapai kemerdekaan.

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga buku ini menjadi permulaan buat Tiara untuk baca buku penulis ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam wishlist, tengah gigih kumpul duit nak beli buku dari penulis ni pula..hehe

      Delete
    2. yeah!! kalau nak harga berbaloi, bolehlah try tanya penulis dia..

      Delete
  2. Nama malim/martin ni ada dalam buku Bentala. Tapi sebut nama saja. sebab tu saya cakap cara penulis susun plot macam movie The Avangers Marvel. hehehe... Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete