Review Novel | Memori Inara by Sara Aisha

Review Novel | Memori Inara by Sara Aisha

Novel : Memori Inara
Penulis : Sara Aisha
Helaian : 702
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2019

kali ini review buku terbaru daripada Sara Aisha, Memori Inara. buku ini aku pre order sendiri dengan penulis, at first tu nak tunggu keluar di kedai je tapi aku dah terbakar je baca teaser dan a few chapter awal dekat blog Sara Aisha jadinya kena beli juga sebab rasa macam lambat pula nak tunggu buku ni masuk kedai..hehe

Memori Inara mengisahkan Ayudia Inara yg hilang ingatan, perkara terakhir yg dia ingat waktu keluar dengan tunangnnya Muzaffar iaitu empat tahun yg lalu. dalam tempoh empat tahun itu, banyak perkara yg berubah dalam hidupnya termasuk berkahwin dengan lelaki lain yg bukan tunangnya iaitu Gibran Luthfi. Inara sendiri buntu untuk mencari memorinya yg hilang lagi-lagi Gibran sendiri kekal menyimpan rahsia itu.

Ayudia Inara - kalau nak dibandingkan perwatakan heroin dalam buku Sara Aisha sebelum ini, heroin selalunya lembah lembut dan sangat kuat tapi watak heroin kali ini agak degil dan keras kepala mungkin keadaan yg menyebabkan dia jadi begitu. bila suami sendiri masih nak berahsia, Inara tekad untuk mencari jawapan sendiri.

Gibran Luthfi - seorang lelaki yg sweet dan protective. kadang geram pun ada dengan watak Gibran sebab tak sabar nak tahu rahsia apa yg cuba disembunyikan. yg pasti dia buat semua itu sebab terlalu sayang pada Inara dan tak nak buat Inara menderita.

Memori Inara lebih fokus pada hubungan Inara dan Gibran, tentang pencarian memori yg hilang. boleh dikatakan aku baca buku ni dengan agak tenang juga sebelum masuk part thriller kat belakang, rasa tak senang duduk baca part tu sepertinya memang tak dijangka. dengan tetiba muncul orang yg psiko lagi, gila betul. apa yg gila? bacalah sediri..haha

main issue dalam novel ni ialah mengenai stalking, bila baca buku baru aku tahu kes berkaitan stalking belum ada undang-undang di Malaysia. agak mengejutkan juga padahal berlambak kes macam ni sekarang tapi yg kesian mangsa tak boleh buat polis report selagi belum ada physical abuse. maybe Malaysia patut segera laksanakan undang-undang berkaitan stalking dan cyberbully sebabnya mungkin pada orang luar benda ni nampak macam hal remeh tapi pada mangsa boleh tinggalkan kesan psikologi yg teruk.

seperti biasa Sara Aisha akan bawa kelainan dalam setiap bukunya dan bila masuk bab thriller penulis memang kreatif walaupun dalam buku kali ini part thriller cuma banyak di penghujung. overall, buku yg menarik untuk dibaca kerana ada mesej dan pengajaran yg cuba disampaikan dalam buku ni.

1 comment:

  1. Dalam list.. Masih sabar menanti kemunculannya di kedai buku.. hehehe

    ReplyDelete