Touch Your Heart


Title : Touch Your Heart
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Yoo Inna, Lee Dongwook, Son Sungyoon, Lee Sangwoo,
Oh Jungse, Shim Hyungtak

SIPNOSIS

Oh Yoon Seo is a popular actress. She is famous for her beautiful appearance, but her acting is bad. She gets involved in a scandal with the son from a chaebol family. Her acting career declines precipitously. Oh Yoon Seo hears that a famous screenwriter wants her to play the lead female role for a drama series. The character works as a secretary for a lawyer. To gain experience for the role, Oh Yoon Seo is required to work as a lawyer's secretary for a few months. 

Meanwhile, Kwon Jung Rok is an attorney for a law firm. He is arrogant and cold-hearted. One day, his boss asks Kwon Jung Rok to let actress Oh Yoon Seo work as his secretary for 3 months. He is not happy about the situation, but he has to accept.
(Source: AsianWiki)


lately ni, aku jarang nak post mengenai drama di blog, bukan sebab busy tapi takde mood nak tengok drama. lepas drama Alhambra, aku just follow drama ni sahaja sebabnya aku suka gandingan Lee Dongwook dan Yoo Inna. bila tahu mereka akan berlakon bersama sekali lagi of course aku excited sangat wei..hehe

Touch Your Heart drama romantic comedy mengisahkan Oh Yoon Seo yg struggle untuk menaikkan balik nama dia sebagai pelakon selepas terlibat dengan satu skandal besar. Oh Yoon Seo memilih untuk berlakon dengan penulis skrip terkenal tapi penulis tersebut kenakan syaratkan kalau Yoon Seo mahu berlakon dalam drama dia. so nak tak nak dia terpaksa ikut syarat tersebut iaitu bekerja sebagai setiausaha di sebuah pejabat guaman.

pada permulaan bukan senang juga Oh Yoon Seo nak jadi secretary lagi-lagi bos dia, Kwon Jung Rok jenis yg kerek sikit dan sangat tegas. Yoon Seo selalu juga stress nak pergi kerja nak mengadap muka Kwon Jung Rok tapi lama kelamaan hubungan mereka makin rapat.


lakonan Lee Dongwook dan Yoo Inna memang best dalam drama ni, dengan chemistry mereka everything nampak perfect dan comel sangat. aku suka bila drama ni lebih fokus pada watak utama daripada konflik so tak payah nak serabut kepala just have fun tengok progress pada relationship antara Jungrok dan Yoonseo.


selain gandingan watak utama, watak-watak lain dalam drama ini pun sangat best dan mereka ini banyak menceriakan lagi keadaan. 


antara watak yg aku suka CEO Yeon, bagi Kwon Jung Rok maybe bos dia ni annoying giler tapi bagi aku bos dia paling kelakar dan CEO Yeon juga peminat nombor satu Oh Yoonseo.


watak lain yg aku suka, Sewon dan Yeoreum yg merupakan kawan baik Jungrok dari universiti. mereka ni pernah bercinta waktu zaman belajar dulu tapi putus sebab parent Sewon tak suka dengan Yeoreum. tapi lepas tu mereka bercinta balik.


drama ni memang ringan dan santai dan  aku suka positive vibes dalam drama ni. kalau nak lari dari drama berat, Touch Your Heart pilihan terbaik.

2 comments:

  1. handsome haih Lee Dong Wook ni. bleh tak tolong couple n kawen betul2 dua orang ni. comel !!

    ReplyDelete
  2. Dah ada drama nie, tak tengok je lagi..

    ReplyDelete