Review Novel | Sugar by Rehan Makhtar

Review Novel | Sugar by Rehan Makhtar

Novel : Sugar
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 626
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2019

Buku ni aku dah habis baca dua minggu lepas tapi disebabkan tak berapa sihat sikit so mood nak menulis tu pun terus hilang juga. bila lambat sangat review aku dah lupa sikit nak tulis apa, nama sebenar watak utama ni pun aku dah lupa, ok sorry dah malas nak belek cari nama diorang just ingat Nel dan El..hehe

Sugar mengisahkan Edian atau El, anak orang kaya yg ditunangkan dengan pilihan orang tuanya iaitu Haikal. El ni sangat patuh dengan parent dia sampai sanggup ketepikan kemahuan sendiri asalkan ibu bapa dia happy. sehinggalah perkenalan El dengan Nel, El belajar banyak benda dari Nel, belajar untuk lebih bersabar, lebih positif dan kuat untuk menempuh dugaan yg mendatang.

Nel pula seorang barista dan manisnya mamat ni macam gula dengan pickupline bersepah, siapa tak cair wei.. masa silam menjadikan Nel sangat matang, masa lalu juga menjadikan Nel tak sanggup lagi untuk kecewakan ibu bapa dia sebab restu mereka sangat penting. macam tu  juga kes dia dengan El, walaupun Nel cintakan El selagi tak dapat restu daripada parent El, Nel berserah semuanya pada ketentuan Ilahi.

bagi aku buku ni penuh emosi, bila baca penulisan Rehan Makhtar mesti ada part sedih yg aku rasa nak nangis macam tu juga dengan Sugar. kisah cinta Nel & El manisnya macam gula tapi dugaan yg mereka kena tempuh bukan main berliku penuh onak dan duri sebelum jumpa penamat.

overall, kisah yg menarik dan pengajaran yg terselit dalam buku ni.

4 comments:

  1. too bad i dont really ready novels these days. jealous dgn korg yg byk baca novel ni

    ReplyDelete
  2. fuhh tebal dia hahaha sampai 626 pages. Dugaan orang kaya ni memang kena kahwin paksa kan? Bagus jugak jumpa lelaki yang boleh ajar bersabar sebab benda tu paling susah nak buat

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  3. macam menarik.. Tak berjaya lagi baca novel Rehan Makhtar ini..

    ReplyDelete
  4. Bila baca tajuk novel ni, terus teringat lagu Maroon 5

    ReplyDelete