Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

Title : The Fiery Priest
Director : Lee Myung Woo
Writer : Park Jae Bum
Network : SBS
Release Date : 20 April 2019
Episodes : 40
Duration : 35 minutes
Cast : Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Lee Hanee, Geum Sae Rok, Go Joon, Jeon Sung Woo, Kim Won Hae.

Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

drama The Fiery Priest still on-going dan aku dah tengok sampai episode 20, stop pun sebab ada masalah subtitle. jadinya bila dah stop tu dah malas pula nak tengok so nak tunggu sampai drama ni habis baru nak sambung tengok balik. so review kali ini sampai episode yg aku dah tengok sahaja. 

The Fiery Priest mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yg berlaku pada ketua paderi. Fathe Kim Hae-II tidak puas hati dengan pihak polis yg mengatakan ketua paderi telah membunuh diri dan terus menutup kes tersebut. Father Kim ada juga buat rayuan untuk buka semula kes tapi tak dilayan sebab polis di situ dah makan suap, so dia mencari solution lain dan akhirnya usaha dia berjaya dengan bantuan Detektif Koo Daeyoung, mereka bekerjasama untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan ketua paderi tersebut.

Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

Kim Hae-II adalah seorang bekas ejen NIS (National Intelligence Service) dan dia berhenti sebab satu kejadian yg buat dia rasa bersalah dan trauma. Kim Hae-II menjadi paderi untuk lupakan kisah silam dan menjalani kehidupan yg lebih tenang tapi still tak boleh tinggalkan perangai panas baran, bila mengamuk mahu sampai habis terbalik balai polis tu dia kerjakan. bila dia dapat peluang untuk menyiasat kes macam tak heran sangat skill dia lagi bagus daripada polis yg berlagak bagus.

Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

Detektif Koo Daeyoung pula detektif yg prestasi paling low di situ. dia diarahkan untuk bekerjasama dengan Father Kim untuk meyiasat semula kes ketua paderi tapi motif pihak atasan sebenarnya supaya Detektif Koo menjadi mata-mata mereka dan mengagalkan usaha Father Kim. of course dia ni sangat patuh dengan pihak atasan tapi lama-lama dia dalam persimpangan dilema sama ada nak ikut arahan atau tolong Father Kim.

gabungan Detektif Koo dan Father Kim memang kelakar habis sebab diorang dua ni macam anjing dan kucing, pantang jumpa mesti nak gaduh tapi lama kelamaan memang bond diorang kuat sampai Detektif Koo ada juga langgar arahan orang atasan untuk tolong Father Kim.

Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

kalau ikut sipnosis Prosecutor Park Kyungsun, akan tolong mereka juga untuk selesaikan kes tapi lepas tengok 20 episode aku dah start bosan dengan dia sebab tak nampak perubahan positif pada watak dia. Prosecutor Park ni jenis sanggup ikut cakap ketua dia untuk kekalkan kedudukan dia walaupun dia tahu benda tu salah. dia juga banyak gagalkan siasatan Father Kim walaupun bukti dah ada at the end dia putar belit fakta tetap tak dapat tangkap penjahat. seriusly tak suka sangat kot dengan watak ni.

Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

aku lagi suka watak ni kalau nak compare dengan Prosecutor Park. Detektif Son Seung-Ah baru ditugaskan di situ dan menjadi partner Detektif Koo. nak dibanding dengan senior polis yg lain, Detektif Son lagi cekap buat tugas. dia juga banyak tolong Father Kim tanpa pengetahuan polis lain dan dalam diam jua Detektif Son suka pada Father Kim.

Review Drama Korea: The Fiery Priest (2019)

bukan senang Father Kim nak siasat kes ni dan tangkap penjahat tersebut sebab yg menjadi dalang adalah orang yg sangat berkuasa iaitu datuk bandar, ketua polis, ketua pendakwaraya yg telah berkomplot dan boleh buat apa sahaja untuk gagalkan usaha Father Kim.

walaupun jalan ceritanya agak slow dan serius, part humor dalam drama ni memang kelakar sangat at least boleh kurangkan stress sebab dia punya lawak tu bukan bishe bishe plus dengan editing lagi penat gelak pun ada juga tengok drama ni. lagi satu yg aku suka dengan drama ni ialah lakonan Kim Nangil sebab dia boleh jadi serius dan pada masa sama kelakar dengan gadingan Kim Sungyun sebagai Detektif Koo memang mantap la sebab dua-dua kelakar habis.

maybe nak tunggu drama ni complete dulu kot baru nak sambung tengok, cuma harap jalan ceritanya akan lebih mantap lagi untuk baki 20 episode ni. 

5 comments:

  1. nak tengok jugak tapi menangis tengok 40 episodes tu hahaha nak pulak kalau watak tu meleweh

    ReplyDelete
    Replies
    1. story dia memang slow sikit tapi watak dalam drama ni memang kelakar sangat, try la tengok mesti penat gelak..hehe

      Delete
  2. dalam list juga.. tunggu complete baru tengok.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Baru tengok beberapa episodes lepas tu tinggal sebab takde mood nak tengok cerita kelakar sangat.

    ReplyDelete