Novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari diterbitkan pada 2011 telah diadaptasi ke drama bersiri, Bisik-Bisik Gelora menampilkan gandingan Raysha Rizrose dan Redza Rosli yang ditayangkan di slot Akasia TV3.
Sinopsis Novel Bisik-Bisik Gelora
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Baca juga :
pelbagai konflik nampaknya....
ReplyDeleteWatak Jad Izzudin mngada..ego n panas baran over. Terjerit sana sini. Xreal. Membosankan. Da xnk wife tinggal je la. Perempuan mna tahan dgn hby mcm tu. Arumi educated..polis ada pej agama ada. She should know her right.
ReplyDelete