Sinopsis Novel Hati Yang Kau Pinjamkan Karya Rehan Makhtar


Hati Yang Kau Pinjamkan merupakan buku terbaru dari penulis Rehan Makhtar yang diterbitkan oleh Karya Seni sempena PBAKL 2022. sis pula tunggu keluar kat shopee sebab tak berpeluang nak pergi sebab jauh. selalunya guna khidmat personal shopper tapi pesta buku tahun ni malas nak shopping. so siapa yang pergi PBAKL bolehlah singgah beli..


Info Novel Hati Yang Kau Pinjamkan

  • Penulis : Rehan Makhtar
  • Penerbit : Karya Seni
  • Terbitan : Julai 2022
  • Harga : RM33(SM), RM43(SS)


Sinopsis Novel Hati Yang Kau Pinjamkan

Kata ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan sesuatu.

“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh

“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kisah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah

Khalifh telah meminta untuk wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali buka mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang telah memberi separuh hati untuknya.

Bila hati yang satu saling menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya terperangkap di antara cinta dan budi.

Tuah pula hanya menyerah bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya, Rozie.

“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah

“Sejak pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh

Tuah Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya. Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu bersembunyi?

Baca juga: Review Novel Hati Yang Kau Pinjamkan by Rehan Makhtar

No comments:

Post a Comment