Review Novel | Saat Kau Takluk Cinta Ini by Sara Hezra




Novel : Saat Kau Takluk Cinta Ini
Penulis : Sara Hezra
Helaian : 600
Penerbit : Orabook Publication
Terbitan : Ogos 2019


SINOPSIS:

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

aku terbaca novel Saat Kau Takluk Cinta Ini di wattpad, nampak menarik terus beli novelnya. apa yang aku boleh komen permulaan cerita sangat menarik sebab timbul banyak persoalan mengenai Haira, siapa dia sebenarnya, kenapa pondok buruk Rahhal yang menjadi pilihan. 

bila mereka berkahwin, dari pertemuan Haira dan Fakhril kemudiannya terbongkar semua cerita mengenai Haira. kerana salah faham yang berlaku Rahhal membuat keputusan untuk berpisah dengan Haira.

masuk pertengahan cerita dan bila Rahhal bertemu kembali dengan Haira, bagi aku jalan cerita agak flat. penat baca sekejap si Haira bawa diri lepas tu Rahhal pula bawa diri, penat nak mengadap drama macam ni.

benda yang mengganggu pembacaan aku adalah dialog yang digunakan, ayat dalam dialog agak kaku sebab tu kot aku rasa emosi tak sampai kepada pembaca.

so overall, Saat Kau Takluk Cinta Ini terdapat banyak kelemahan pada jalan ceritanya. bagi aku, idea tu menarik tapi jalan cerita dan watak tidak dikembangkan dengan baik.

**MY RATING : ⭐⭐ 2/5**

1 comment: