Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Novel : King Haidar
Penulis : Anjell
Helaian : 823
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Januari 2022

King Haidar kisah Suria Adreanna seorang MUA dan influencer terkenal dengan Raja Haidar yang penuh misteri, yang tiba-tiba muncul dan kadang menghilang tanpa khabar. Hidup Suria juga berubah apabila nyawanya diancam bahaya dan dia sendiri pun tak tahu kenapa dirinya menjadi target. Haidar pula muncul untuk melindungi dirinya.

novel kali ini lebih kepada thriller romantis, permulaan yang menarik dan plot yang menarik. malangnya buku ni agak mengecewakan aku sebab satu terlampau dragging. penat tau bila kau baca hampir separuh buku tapi tak dapat klu tentang siapa Haidar sebaliknya aku pun tak tahu penulis melalut apa sebab rimas dengan monolog Suria lepas tu Haidar pula tak habis dengan alasan belum tiba masanya untuk Suria tahu kebenaran.

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

aku dah follow penulisan Anjell dari buku pertama lagi dan aku tak nampak kematangan dari penulisan penulis. benda nak puji, penulis ada idea yang menarik, dari genre cinta cuba masuk ke genre thriller aksi tapi watak heroin dalam buku dia semua sepesen yang sejenis ego dan rasa diri dia jelah betul. 

bila masuk 600 muka surat baru didedahkan kenapa Suria menjadi target dan apa peranan sebenar Haidar. for me, walaupun plot dia makin menarik tapi sejujurnya aku dah makin bosan dan tak boleh masuk dengan jalan cerita kali ni. aku rasa buku ni tak patut letak tajuk King Haidar sebab aura hero tak begitu menyerlah sepatutnya letak je tajuk Suria dan dunia barunya.

**MY RATING : ⭐⭐ 2/5**

Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments

  1. belum pernah lagi baca novel tulisan anjell

    ReplyDelete
  2. Wahhh hype punyaa novel dpt 2.5 je? heeee kena baca jugak nih..

    ReplyDelete
  3. ahahhahaha! su setuju dengan review tiara niiii. draggy gila-gila! su dh lama x baca anjell punya buku, latest two ni la yang baca and perasan jugak heroin dia lebih kurang je perangai tapi suria punya monolog ni macam try hard gila kalau nak bandingkan dengan dara punya monolog

    ReplyDelete