Review Novel | Namaku Khadijah oleh Pena Kayu


Novel : Namaku Khadijah
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 473
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2019

SINOPSIS : 
Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez.
Antara cintanya kepada Fahri dan nalurinya sebagai seorang perempuan, Khadijah perlu bersuara. Lebih-lebih lagi setelah Ariana memilih untuk mengalah. Khadijah perlu bertindak.


Namaku Khadijah mengisahkan seorang gadis mualaf yang menyimpan perasaan pada Fahri sejak zaman sekolah. 12 tahun kemudian mereka bertemu kembali apabila Khadijah bekerja di syarikat milik Fahri dan kawan baiknya, Hafeez.

Tapi bila tahu Fahri sudah bertunang, Khadijah tak mahu kacau hubungan Fahri dan Ariana. konflik berlaku apabila Fahri tak putus asa mengejarnya. Hafeez pula dari awal tak suka Khadijah sebab penampilan Khadijah yang berpurdah dan tak mahu Khadijah jadi orang ketiga rosakkan hubungan Fahri dan Ariana.

timing Fahri dan Khadijah tak pernah kena, mereka tak pernah ada peluang untuk luahkan perasaan masing-masing. memang kesian. bila bertemu kembali, Fahri pula sudah ditunangkan. emak Fahri agak annoying sebab agak memaksa anak-anaknya ikut pilihan dia. tapi bagi aku, Fahri kena tegas dengaan pilihan dia. kalau suka Khadijah kena ikut cara yang betul. tapi itulah kesian sebab macam ramai pula terhimpit dalam kisah ni.

Hafeez ni mulut boleh tahan juga, tak habis mengutuk Khadijah last-last terjatuh hati dengan Khadijah. Perkahwinan mereka terjadi mungkin masing-masing belum kenal hati budi pasangan tapi jelas masalah kurang berkomunikasi menjadikan hubungan mereka renggang. nasiblah Khadijah tak putus asa untuk pertahankan rumah tangganya.

Cinta tiga segi antara Khadijah-Fahri-Hafeez  dan juga Ariana agak complicated dan kesemua watak ni agak kesian. Fahri lelaki yang baik dan Hafeez pula bad boy tapi keduanya ada aura tersendiri sampai kadang aku pun tak tahu nak pilih siapa. Khadijah pun bagi aku terlalu baik untuk mereka berdua ni. tapi itulah semuanya sudah suratan takdir. so overall, nice story.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

BACA JUGA : 

2 comments: