Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Sinopsis Filem Roh 100 Hari di Astro First


Filem : Roh 100 Hari
Produksi : Wynwyn Event Sdn Bhd
Pengarah : Amy Jepun
Siaran : Astro First
Tayangan : Jun 2022
Pelakon : Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Nur Risteena Munim, Fify Azmi, Ruhainies, Nina KSC, Vicha Barbie, Azrul Zaidi, Sindu, Yuichiro Kinjo, Solo Ambush

Sinopsis Filem Roh 100 Hari

Roh 100 Hari mengisahkan sekumpulan pelajar perempuan yang menghadapi pelbagai gangguan mistik sehingga terungkai rahsia tersirat selepas 100 hari. Apakah misteri itu?

Sinopsis Filem Jeritan Jin di Astro First


Filem : Jeritan Jin
Produksi : Redfiress Film Production
Pengarah: Roy WCC Fdam
Penulis Skrip: Epi Kodiang
Siaran : Astro First
Tayangan : 22 Januari 2022
Pelakon: Riz Azmin, Along Eyzendy, Azlan Komeng, Dato Jalaludin Hassan, Arin Raja Lawak, Kenji Sawahii, Ruminah Sidek, Shira, Pak Ya Sepatu, Kak Girl

SINOPSIS JERITAN JIN

Jeritan Jin mengisahkan Zack (Riz Azmin) yang baru keluar penjara dan mahu memulakan hidup baru bersama anak perempuannya, Nisa. Namun hasratnya untuk berhenti mencuri mula goyah apabila anaknya dimasukkan ke hospitan dan memerlukan duit rawatan yang besar.

Tiga mafia iaitu Peter Lim, Jaafar dan Sara Bha merancang untuk melabur RM15 juta dalam perjudian Piala Dunia. Zack menerima tawaran daripada Malik (Azlan Komeng) untuk merompak duit mafia tersebut dengan harapan mahu menggunakan duit tersebut untuk kos rawatan Nisa.

Selepas rompakan, Malik menyembunyikan wang tunai di sebuah kilang terbiar yang membawa mereka berdepan dengan jin yang sudah lama tidak diganggu.

Filem Rumah (2022)


Filem : Rumah
Produksi : Mojo Projects Sdn Bhd
Pengarah : Kay
Penulis Skrip : Ayez
Tayangan : 24 Februari 2022
Pelakon : Erra Fazira, Puteri Balqis, Mak Jah, Sofea Shaheera, Asward Naslim, Shyrim, Riki Rikando, Iswadi Mohd Afifi, Gusion Lal, Mashanum, Mell Adnan

Rumah sebuah filem bergenrekan seram mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang cuba memberikan kesenangan dan keselamatan untuk anak perempuannya.

Di sebalik cabaran yang mereka hadapi dalam hidup, Maya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak perempuannya dan terus mencari rumah untuk diri mereka sendiri. Pencarian membawa mereka ke rumah teres lot tengah di bawah harga pasaran yang mereka beli tanpa berfikir panjang dan bermula sebuah kisah seram.