Sinopsis Sayang Suria (TV3)

Sayang Suria (TV3)

Telefilem : Sayang Suria
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2015
Pelakon : Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nabila Huda

Sayang Suria (TV3)

Sinopsis Telefilem Sayang Suria

Mengisahkan Suria (Janna Nick) seorang gadis yang menghidap penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) atau lupus berkenalan dengan Rykal (Hafeez Mikail) apabila belajar di universiti yang sama tapi berbeza fakulti.

Suria dan Rykal berkawan baik dan kemudian saling jatuh cinta namun percintaan mereka tidak direstui oleh keluarga kerana mereka masih muda. Hal ini menyebabkan Suria dan Rykal mengambil keputusan untuk kahwin lari.

Malangnya keadaan kesihatan Suria semakin teruk dan memerlukan rawatan segera. Keluarga mereka menggunakan peluang ini untuk memisahkan Suria dan Rykal. 

No comments:

Post a Comment