Review Novel | Orkid Serena by Luna Adresia


Novel : Orkid Serena
Penulis : Luna Adresia
Muka Surat : 496
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Mac 2018

SIPNOSIS

Wujudkah keajaiban? Rasa dalam jiwa itu boleh dikatakan satu keajaiban. Bagaimana boleh rasa sakit. Bagaimana boleh rasa sayang. Bagaimana boleh jatuh cinta.

Fakta tentang rama-rama. Ia jarang dilihat saat hujan membasahi bumi. Tapi bagi Badrish, rama-rama yang paling indah yang pernah dia lihat adalah ketika hujan turun. Dia lihat Orkid Serena. Ya, Badrish sudah jatuh cinta. Hingga sampai keluar rama-rama dari perut yang gementar. Imaginasi? Barangkali. Terlalu indah? Juga barangkali.

"Semua manusia kat muka bumi ni berusaha untuk buat pilihan setiap hari. Dan awak juga tak terkecuali untuk buat pilihan walaupun awak rasa semuanya di luar kawalan awak. Awak boleh memilih. Sekurang-kurangnya, berusahalah untuk memilih kedua-dua diri awak. Tak perlu pilih Orkid. Tak perlu pilih Serena. Awak kena berusaha pilih untuk jadi Orkid Serena." - Badrish

Orkid Serena. Gadis biasa? Nope! Tiada yang biasa untuk gadis bernama Orkid Serena. Orkid kala ceria, mesra dan gembira manakala Serena kala hujan! Dua perwatakan berbeza dalam satu jasad. Jadi, bagaimana nak jatuh cinta? Milik siapakah cinta itu?


REVIEW

sebuah novel yang menarik kerana watak Orkid Serena mempunyai dissociative identity disorder (DID) atau split personality. Orkid Serena, satu jasad tapi dua perwatakan yg berbeza, Orkid yg ceria dan senang didekati namun bila hujan muncul Serena yg terkurung dalam dunianya sendiri.

Badrish pula masih tercari-cari arah hidup dia. pertama kali bertemu Orkid, Badrish ternampak sesuatu yang istimewa dalam diri Orked yang orang lain tak pernah tahu. menarik juga apabila hanya Badrish saja yang tahu bagaimana untuk deal dengan Orkid dan Serena.

overall, sangat berbaloi beli novel Orked Serena sebab jalan ceritanya sangat menarik dan tak klise, suka apabila penulis cuba bawa kelainan dalam setiap novelnya.

10 comments:

  1. baca sinopsis macam best jer novel ni

    ReplyDelete
  2. novel ni lebih kurang macam novel tajuk SPLIT je rasanya. pernah baca tak novel split tu? cuma apa yang berbeza adalah hero SPLIT ni yang ada split personality, bukan heroin. tapi saya tak habis baca lagi la novel SPLIT tu kahkahhh.

    ReplyDelete
  3. rajinnya review novel..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  4. Split personality.. I like.. Bolehlah try cari dan baca nanti..

    ReplyDelete
  5. wah! kena beli di kedai buku ni. maklum la dah lama x baca novel melayu.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  6. menariknya cerita ni sebab jarang kot ada karakter DID!

    ReplyDelete
  7. Nak beli novel ni hari tu tapi dah ambik 4 buku yang lain. Hii. Tak cliche eh novel ni> BAca sinopsis macam cliche je. Nanti Siqah beli.. Beli je dulu, baca tak tahu bila. Haha

    ReplyDelete
  8. hai salam kenal. thank ye sudi singgah blog sy. :)

    ReplyDelete
  9. Ini nak kena cari writer ni. ^^

    ReplyDelete