Title : Bpoop Phaeh Saniwaat
Another Title : Love Destiny
Episodes : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Pope Thanawat, Bella Vanita, Punjan Kawin, Prang Kannarun
Bpoop Phaeh Saniwaat mengisahkan Karakade (Bella Vanita) yg bertunang dengan Por Date (Pope Thanawat) dan tinggal di rumah Por Date selepas ayahnya meninggal dunia. Semua penghuni dalam rumah itu termasuk Por Date tak suka dengan Karakade disebabkan perangainya yg terlalu sombong.
bapa Por Date nak kahwinkan mereka berdua kerana ayah mereka berkawan baik tapi Por Date lebih suka cari alasan untuk menangguhkan perkahwinan mereka sehingg hal ini menimbulkan kemarahan Karakade.
Karakade merasakan Por Date ada simpan perasaan pada Mae Ying Junward (Prang Kannarun) jadi dia buat rancangan untuk membunuh Mae Ying. malangnya rancangan tersebut gagal apabila Mae Ying berjaya diselamatkan manakala orang suruhan Mae Ying yg mati.
Por Date yakin yg semua ini kerja jahat Karakade lalu meminta bapanya untuk guna Moon Mantra yg mana jampi ini akan buat orang yg bersalah menderita dan terus mati. kiranya memang power Moon Mantra, dah Karakade ini yg buat kerja jahat tapi tak nak mengaku bila ditanya Por Date makanya dia yg menerima sumpahan Moon Mantra lalu meninggal dunia.
dalam kehidupan moden, Kadesurang (Bella Vanita) seorang archeologist yg sangat meminati sejarah Ayutthaya. pada malam terakhir di tapak projek, kawan Kadesurang ajak melawat tapak tersebut time malam buta.
tak pasal malam tu, Kadesurang terjumpa hantu Karakade kemudianya Kadesurang ditimpa kemalangan jalan raya dengan kawan dia. kisah Kadesurang yg hidup di zaman moden terhenti di situ, masuk episode 14 baru tahu apa yg terjadi pada Kadesurang selepas kemalangan tersebut.
apabila Kadesurang tersedar tahu-tahu je dia dah berada dalam jasad Karakade, seorang gadis bangsawan di zaman Ayutthaya. dah tentu tiba-tiba sahaja perangai Karakade berubah sampai orang sekeliling pun pelik dengan perubahan tersebut. ada yg cakap Karakade jadi gila kesan daripada moon mantra tersebut.
hakikatnya bukan senang Kadesurang nak hidup sebagai Karakade bila semua orang dalam rumah tu benci sangat dengan Karakade tapi Kadesurang ni tak putus asa dengan tunjukkan kat semua orang yg Karakade dah berubah.
Por Date dari awal memang benci dengan perangai Karakade sebab dia pernah nampak Karakade belasah orang suruhan. lepas kes moon mantra tu dia nampak perubahan pada Karakade dan mereka jadi makin rapat tapi bukan senang dia nak percaya yg Karakade dah berubah seratus peratus.
hubungan antara mereka dua jadi makin menarik bila ada satu insiden yg mana Por Date hampir mati lemas dan time tu Por Date nampak wajah sebenar Karakade iaitu Kadesurang. walaupun Karakade tak pernah dedahkan identiti dia tapi Por Date tahu yg Karakade baru ni orang lain so start dari sini Por Date mula percaya dan jatuh hati pada Karakade yg baru ni.
bila masuk period drama memang secara tak langsung akan relate dengan sejarah so drama ni bagus untuk orang yg nak tahu atau belajar sejarah zaman Ayuttaya. untuk aku pula bila masuk bab sejarah ni memang lemau la sikit lagipun heroin ni walaupun tahu banyak pasal kisah sejarah tapi dia tak cuba ubah apa-apa pun sebab tu aku rasa part ni tak penting sangat so aku banyak skip part politik untuk jimat masa.
ini first time aku tengok thai period drama (boran), bila dah tengok memang susah nak stop yg best lagi bila Pope dan Bella yg pegang watak utama omg their chemistry i really love it, sweet sangat. selain itu, kebanyakan watak dalam drama ni sangat best dan menghiburkan dan jalan cite pun tak klise macam lakorn lain.
agak bosan lah kalau masuk sejarah ni tapi suka tengok pakaian/kostum zaman dulu-dulu. Unik dan cantik
ReplyDeletenampak cantik penampilan citer ni.
ReplyDeleteaida x pernah tgk drama bersiri thai :)
Kalau historical drama memang menarik..
ReplyDeletemcm best cerita ni :)
ReplyDeleteseries ni in the list tapi still waiting masa utk tgk hehehe
ReplyDeletemacam mana diorang semua boleh dapat rupa paras dan kulit lawa lawa... padahal negara diorang dekat je dengan kita...hahaha...
ReplyDeleteSuka drama Thai yang lawak2 dengan romantic comedy .. yang lain mcm tak masuk. Tak tau la kenapa.
ReplyDelete