Review Novel | Magisnya Cinta by Syamnuriezmil


Novel : Magisnya Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 738
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : 2015

SIPNOSIS

Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.

Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.

Namun...

Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman


REVIEW

Magisnya Cinta sebuah kisah cinta antara Adib dan Rose. permulaannya sangat menarik,  kadang baca buku ni sampai boleh tergelak dan tersenyum seorang diri bila bahagian mereka bergaduh kemudian mulalah terjatuh cinta. tak banyak sangat konflik antara Adib dan Rose sebab masing-masing sangat serasi.

walaupun begitu, bacaan aku mula terasa bosan apabila banyak sangat watak yang diketengahkan di pertengahan novel ni dan kes Natasha terlalu banyak mendominasi. selain itu, aku rasa macam semua watak dalam novel ni kena jumpa jodoh dulu baru jumpa perkataan TAMAT.

3 comments:

  1. cover dah cantik dah tapi kalau banyak watak ni penatnya nak ingat semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la banyak sgt cuma ada 2 couple lagi..hihi

      Delete
  2. Memang magis cerita ini.. Kikiki.. Semua watak jumpa jodohnya..

    ReplyDelete