Review: Saka Nan Sepi (2020)


Filem : Saka Nan Sepi
Produksi : Alpha47 Films
Pengarah : Azri Azman, Razaisyam Rashid
Penulis Skrip : Razaisyam Rashid, Fatimah Ruzaimi, Azri Azman
Tayangan : 10 Disember 2020
Durasi : 86 minit
Pelakon : Namron, Sherry Al-Hadad, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Han Zalini, Hushairi Husain

hari tu ternampak trailer filem Saka Nan Sepi di tv, bila tahu pengarah dia Razaisyam Rashid terus rasa nak tengok sebab semua cinematography dalam filem arahan Razaisyam sangat cantik.

Saka Nan Sepi

Saka Nan Sepi mengisahkan Othman (Namron) yg membawa keluarganya berkhemah di dalam hutan. Othman terlalu manjakan anak-anaknya sampaikan Ahmad Sufian (Syafiq Kyle) langsung tak boleh diharap, kerja dia main game dan bergaduh dengan mak tiri dia. Rozi (Mimi Lana) pula lebih suka buat hal sendiri.

Zaiton (Sherry Al-Hadad) seorang isteri yg cuba menyokong suaminya tapi dalam masa yg sama terasa juga bila anak-anak tiri dia tak hormat kat dia. lagi-lagi si Sufian yg suka cari pasal dengan Zaiton sebab mereka pernah sekelas dulu.

Rozi dirasuk saka ketika berkhemah dalam hutan tersebut, perangai tiba-tiba pelik semacam. dok keja sengih jaa, seram pula  keluarga dia tengok. Othman terus bawa Rozi berjumpa Tok Kassim untuk berubat, Rozi berjaya dipulihkan semula.

Saka Nan Sepi

ingatkan lepas berubat tu semua dah jadi ok tapi tak sangka pula saka ni mengikut sampai ke rumah mereka. sejak itu hidup Othman sekeluarga tak tenteram bila tak habis diganggu. saka ni pun dah buat rumah mereka macam rumah sendiri, siap pandai buka tv tengok kartun lagi..adoi..

lepas panggil seorang ustaz, baru mereka sekeluarga berani nak tegur saka ni. rupanya saka ni dari keturunan jin baik-baik yg nak berkawan tapi Othman sekeluarga dah salah faham. sejak itu saka dibela oleh keluarga Othman dan dilayan seperti anak sendiri dan diberi nama GirlBoy sebab si saka confius dengan identiti sendiri.

konflik mula terjadi apabila Tok Kassim mahu mengambil semula saka yg terlepas daripada simpanan dia.

Saka Nan Sepi

mula-mula aku ingatkan Saka Nan Sepi ni filem seram tapi tak sampai lima minit tengok terus tergelak sebab saka dia bodoh giler wei. adoi beza sangat saka ni dengan saka yg biasa kita tengok dalam citer melayu. saka ni jenis baka cacat sebab tu Rozi jadi hyper semacam bila kena rasuk. bercakap pun pakai kod morse tapi kelemahannya takut kucing, mudah terhibur dan ringan tulang.

semua pelakon pun memang best dan langsung tak ada masalah untuk bawa genre komedi. paling suka lakonan Namron sebab aku selaluny tengok dia bawa watak tegas dan ganas macam gangster tapi dalam ni alahai sentimental betul, bercakap pun kemain lembut macam mana la si sufianl tu tak besar kepala tapi memang kelakar la watak dia. overall, jalan cerita yg simple tapi menghiburkan.

filem Saka Nan Sepi boleh  ditonton di Astro First saluran 480 mulai 10 Disember 2020 dengan hanya RM15 sahaja. boleh juga tonton secara percuma tayangan perdana selama 30 minit di youtube channel Astro Shaw.

Post a Comment

7 Comments

  1. aaaa kenapa director razaisyam makin aktif release movie ni?! Okay nanti nak tengok! Mimi dengan Syafiq Kyle dah serasi kerja dengan director ni kan. Dah la chemistry diorang power

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak tahulah mungkin tahun yg dia rajin nak buat filem kot. mimi dgn syafiq memang kelakar sgt dalam citer ni, try la tengok :)

      Delete
  2. Menqrik nih nanti nak langganla...kalau seram tak berani layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak seram pun kak dana. saka dia jenis yg sengal sikit..hahaha

      Delete
  3. Macam best je baca review Tiara ini.. hehehe

    ReplyDelete
  4. i nak kena tgk ni .! sbb ada kyle syafiq hahah

    ReplyDelete
  5. Tengok pelakon dah boleh agak cerita ni lebih kelakar dari seram :)

    ReplyDelete