Sinopsis Drama Sang Pewaris (TV3)

Sinopsis Drama Sang Pewaris (TV3)

Drama : Sang Pewaris
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
Slot : Lestary TV3 / WeTV
Mula Tayangan : 26 November 2020
Episod : 13
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Zamarul Hisham, Ieda Moin,
Sheila Mambo, Wan Sharmila, Harun Hashim, Fad Anuar

Sinopsis Drama Sang Pewaris

mengisahkan Ali (Ben Amir), anak angkat kepada Pak Samad dan Mak Bedah. Pak Samad tidak pernah menceritakan dari mana dia jumpa Ali mahupun keluarga kandung Ali. Ali selalu bermimpi seorang gadis dan Ali percaya mungkin itu petunjuk kepada keluarga kandungnya.

Mahmud (Zamarul Hisham) yg bekerja dengan Tan Sri Megat Khairuddin telah berusaha mencari anak majikannya yg hilang sehingga dia jumpa petunjuk dan pergi ke kampung Ali. daripada maklumat yg diperolehi, Mahmud percaya Ali adalah Megat Dali yg dicarinya selama ini malangnya Pak Samad tidak mahu memberi kerjasama. Mahmud selalu terlepas peluang untuk bertemu sendiri dengan Ali.

Suatu hari, Ali terlanggar seorang perempuan dan secara tak sengaja terambil dompet kepunyaan gadis tersebut. Ali terkejut bila ternampak gambar lelaki yg mempunyai muka yg sama dengannya. Ali perlu pulangkan dompet tersebut kepada pemilik asal yg bernama Zara.

Zara (Amyra Rosli) adalah tunang kepada Megat Amer. Ali sebenarnya adalah Megat Dali yg merupakan anak kepada Tan Sri Megat Khairuddin dan Puan Sri Kamariah, dan Megat Amer adalah kembar Ali.

Bagaimana Ali boleh terpisah daripada keluarga kandungnya dan bagaimana Pak Samad boleh mengambil Ali sebagai anak angkatnya? Nantikan episod seterusnya dalam drama Sang Pewaris.

8 comments:

  1. Gadingan artis yang sangat hebat pasti ia menarik minat lapisan penonton.. :)

    ReplyDelete
  2. mcm menarik je drama ni. nak tengok la mlm ni..

    ReplyDelete
  3. gosh i love amyra!nak put on the list.. byk betul drama melayu nak tgk ni hahaha

    ReplyDelete
  4. suka Ben Amir.. boleh tahan juga lakonan dia..

    ReplyDelete
  5. la pulak boleh terpisah dari kembar..uish addict nanti klo da start tengok

    ReplyDelete
  6. macam menarik kalau tengok jalan cerita dia tu

    ReplyDelete
  7. Dah tengok episod 1, memang menarik..

    ReplyDelete