Drama | Isteri Misteri (2020)


Drama : Isteri Misteri
Produksi : Primework Studio Sdn Bhd
Pengarah : Esham Shahlin
Slot : Drama Pukul 6 TV3 / Viu Original
Mula Tayangan : 25 November 2020
Episod : 10
Masa : Rabu-Khamis | 6.00 Petang
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azar Azmi, 
Azira Shafinaz, Qistina Raisah, Damia Danisha, Umar Shakur

Drama Isteri Misteri merupakan drama terbaru kerjasama antara Primework Studio bersama platform penstriman VIU. secara tak langsung drama Isteri Misteri ini dapat ditonton di TV3 pada pukul 6.00 petang dan juga di aplikasi VIU pada pukul 7.00 malam setiap hari rabu dan khamis mulai 25 November 2020.


SINOPSIS DRAMA ISTERI MISTERI



Drama Isteri Misteri mengisahkan Rizal (Sharnaaz Ahmad) yg beristeri dua iaitu Emma (Tiz Zaqyah) dan Yatie (Sharifah Sakinah), kedua-duanya tidak tahu diri mereka dimadukan.

Isteri pertamanya Emma, sibuk menguruskan anak-anak dan bisnes online sehingga Rizal rasa terabai. manakala Yatie pula tidak boleh berenggang sehingga Rizal berasa rimas.

Suatu hari, Rizal termimpi dirinya dibunuh tapi yg menjadi kemusykilan siapa yg mahu membunuhnya. sehingga secara kebetulan Rizal terjumpa tok bomoh di tepi jalan yg beritahu Rizal akan dibunuh oleh isterinya. Rizal mula runsing memikirkan antara Emma dan Yatie, siapa yg mahu membunuhnya.

Baca juga: Drama Black (Malaysia) Viu Original


dalam masa yg sama tak meghalang Rizal untuk berkahwin dengan Lisa (Azira Shafinaz) di Golok. bagi Rizal, Lisa adalah cinta matinya yg sempurna yg boleh buat dia rasa dicintai dan mencintai.

Jun (Azar Azmi) sebagai pembantu peribadi Rizal penat nak susun jadual dan cover Rizal untuk isteri-isterinya. Jun dah bagi warning supaya Rizal tak kahwin lagi, masalah Rizal bukan nak dengar cakap. 

Dengan bantuan Jun, Rizal perlu menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa isteri. masalahnya antara tiga isterinya ini siapa yg mempunyai niat mahu membunuhnya?


TONTON DRAMA ISTERI MISTERI



Isteri Misteri Episod 1

Isteri Misteri Episod 2

Isteri Misteri Episod 3


Post a comment

6 Comments

  1. baru sembang ngn my aunty about this drama.. like pelik tajuk dia tapi ok la pelakon best so boleh tgk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye memula dengar macam pelik juga tajuk dia tapi bila tengok best juga, penat gelak tengok perangai sharnaaz..haha

      Delete
  2. Ramai dah subscribe viu ni, saya je bilalah nak langgan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni boleh tengok kat viu, tak subscribe pun takpe kak syaz :)

      Delete
  3. Ok serious kelakar drama ni.. Hahaha pelakon pon cun2

    ReplyDelete