Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)

Drama : Tiada Arah Jodoh Kita
Produksi : Primeworks Studios Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 13 Februari 2018
Episode : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan


Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Afia Awliya (Aprena Manrose) mencapai kebahagian dalam hidupnya apabila bercinta dengan Fayyad Syakir (Erwin Dawson). Namun Fayyad tiba-tiba meminang Afia untuk kawan baiknya Megat Wakeel  (Hafeez Mikael) yg dah lama menyimpan perasaan pada Afia.

Afia pada mulanya kecewa akhirnya bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana sifat Wakeel yg penyayang. Megat Aathif (Syukri Yahya) yg merupakan abang Wakeel cuba menghalang perkahwinan tersebut namun kemudiannya Aathif redha dengan permintaan adiknya itu.

Selepas berkahwin Aathif agak prejudis dengan Afia tapi mula mengubah persepsinya terhadap Afia selepas melihat kesungguhan Afia menjaga Wakeel yg menghidap kanser. Afia berjaya membuktikan dia bahagia dengan Wakeel.

Pemergian Wakeel menyebabkan Afia mengalami kemurungan, dia juga terpaksa mengadap Fayyad yg kembali menagih cintanya. Namun, Afia memilih untuk berkahwin dengan Aathif yg selama ini menyimpan perasaan padanya. 

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.

8 comments:

  1. layan juga siri ni dulu, dan dari siri ni baru tau, yang boleh kahwin dengan ipar lepas suami meninggal. ingat tak boleh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh nak kahwin dgn bekas abang ipar..hehe

      Delete
  2. cerita lama ni..best juga kalau ade syukri yahya..

    ReplyDelete
  3. heheh belum tgk. tapi mcam best!

    ReplyDelete
  4. kawan i suka gila syukri yahya, dia ckp dia ni berlakon best, tapi i tak pernah focus on him pun

    ReplyDelete
  5. Uish.. Ada gangguan.. Macam menarik dramanya..

    ReplyDelete
  6. Bole buat tiada arah jodoh kita 2 please terbaik cerita nišŸ˜buat kisah kesimbungn ....cerita ni sangt sangt sangt bes

    ReplyDelete