Sinopsis Drama Angkara Cinta (Astro)

Sinopsis Drama Angkara Cinta (Astro)

Drama : Angkara Cinta
Produksi : Juita Viden Sddn Bhd
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Amor Rizan, Rehal Nuharis
Slot : Tiara Astro Prima
Mula Tayangan : 2 November 2020
Episode : 70
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Syazwan Zulkifly, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Roy Azman,  Lydiawati

Angkara Cinta mengisahkan dua remaja yg berkongsi nama yg sama iaitu Luqmanul Haqeem. Luqman (Hun Haqeem) dan Haqeem (Meerqeen) membesar dalam latar keluarga y jauh berbeza. Seorang dibesarkan dalam serba kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Angkara Cinta

Luqman (Hun Haqeem) dan Haqeem (Marqeen) bertemu ketika perlawanan futsal antara sekola. berlaku salah faham sehingga membuatkan mereka bergaduh gara-gara nama mereka yg sama iaitu Luqmanul Haqeem.

Haqeem yg pulang ke rumah dalam keadaan lebam terpaksa memberitahu perkara sebenar kepada ibunya. Mariani (Nina Juren) terkenang peristiwa lepas selepas Haqeem beritahu terjumpa orang yg berkongsi nama yg sama dengannya.

alkisahnya 18 tahun yg lalu, Mariani berkahwin dengan Razlan dengan tujuan untuk dapatkan duit memandangkan Mariani seorang ibu tunggal yg perlu menyara ibu dan anaknya. Razlan pula dalam dilema bila emaknya mahu menjodohkannya dengan gadis pilihannya ketika itu. Mariani tahu perkara tersebut kerana Razlan telah menceritakan masalahnya sebelum mereka berkahwin.

Angkara Cinta

Mariani tak sangka dia boleh jatuh cinta kerana layanan Razlan yg begitu baik. namun begitu, Razlan tiba-tiba menghilangkan diri, Mariani yg tahu dia mengandung cuba mencari Razlan tapi gagal dan terpaksa menerima jodoh mereka tidak berpanjangan.

Puan Liza yg merupakan ibu mertua Razlan dapat tahu yg Razlan pernah berkahwin sebelum bernikah dengan anaknya, Indah. Puan Liza memilih untuk rahsiakan kewujudan Mariani memandangkan Indah pun sedang mengandung ketika itu dan pastikan Mariani tidak terus menganggu keluarganya.

tidak lama selepas itu, Indah melahirkan seorang anak lelaki. Mariani juga melahirkan kembar tapi salah seorangnya meninggal dunia tapi Razlan langsung tidak tahu tentang Mariani.

Angkara Cinta

Selepas pergaduhan tersebut, Luqman dan Haqeem menjadi kawan baik namun persoalannya apa yg akan berlaku apabila mereka tahu kisah sebenar yg mereka adalah adik-beradik. banyak konflik bakal tercetus ditambah pula mereka mencintai Adira (Wanna Ali).
.
Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu? nantikan semua jawapannya dalam Angkara Cinta. 

6 comments:

  1. bila dah rapat then dpt tahu plak adik beradik sepatotnya happy kan.. hmm nak tauu la.. kena tgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya cuma tahu adik beradik tiri, nenek diorang je yg tahu luqman dan haqeem ni kembar but im not really sure apa jadi sebenarnya. masih awal lagi utk diteka..haha

      Delete
    2. 70 episode.. tggu habis dulu la nanti marathon senang

      Delete
  2. Belum tengok lagi ni. Ada masa free baru tengok.

    ReplyDelete
  3. dah tengok beberapa episod, best gak hehe

    tiara, boleh emelkan details ke syaznirahim@gmail.com, ada nak kirim sesuatu hehe

    ReplyDelete