Review: Mulut Masin (2020)

Review: Mulut Masin (2020)

Tajuk : Mulut Masin
Produksi : Astro Shaw Sdn Bhd
Pengarah : Razaisyam Rashid
Tayangan : 19 November 2020
Durasi : 79 minit
Pelakon : Jazy Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin,  Cassia Iman, Lan Pet Pet, Maria Farida, FarahDhiya

Selepas menghasilkan filem seram Pusaka, Razaisyam kembali semula dengan karya terbaru, Mulut Masin yg bergenrekan komedi seram. antara keistimewaan filem ini adalah watak utamanya dipegang oleh pelakon kanak-kanak.

Review: Mulut Masin (2020)

Mulut Masin mengisahkan Ajib yg tinggal dengan neneknya selepas kematian kedua ibu bapanya. apabila neneknya meninggalkan dunia, Ajib rasa dia macam hidup seorang diri bila tengok bapa saudara dan emak saudaranya sibuk bergaduh berebutkan harta nenek.

dalam wasiat nenek jelas dinyatakan kena tunggu sehari lagi baru boleh buka kotak untuk baca wasiat sebenar. siap warning kalau langgar pantang larang ni, nenek bangun dari kubur nanti.

biasalah budak-budak kan benda yg dilarang itulah yg mereka nak buat. secara tak sengaja mereka telah buka kotak tersebut dan mendapati wasiat tersebut telah hilang. masing-masing percaya semua itu sumpahan nenek mereka.


Ajib, Azan, Boyot, Roy dan Ayu perlu bekerjasama untuk merungkai teka-teki yg ditinggalkan nenek mereka. mereka perlu mencari wasiat tersebut sebelum perkara ini diketahui ibu bapa mereka.

jalan cerita Mulut Masin ni nampak menarik tapi plot agak longgar bila budak-budak mulakan misi mereka untuk mencari wasiat tu. rasa macam budak-budak ni main tressure ke sana ke sini nak selesaikan teka-teki tu. gigih betul orang yg letak semua klu tu. last pusing balik ke rumah juga.

aku boleh rate elemen komedi mulut komedi level sederhana tapi level seram pula aku tak tahu kat mana yg seramnya kecuali scene kubur tu.


tapi benda yg harus diberi kredit untuk filem Mulut Masin adalah penggunan tulisan jawi dan juga pantun secara tak langsung mengangkat nilai seni kemelayuan dalam filem melayu. lakonan semua pelakon kanak-kanak patut diberi pujian sebab masing-masing langsung tak nak kekok dan berjaya bawa watak masing-masing dengan baik.

Mulut Masin sebuah filem kekeluargaan yg santai, kalau tengok sorang diri rasa bosan pula tapi kalau tengok satu keluarga baru best dan menghiburkan kot. siapa berminat boleh langgan filem ini di Astro First saluran 480 mulai 19 November 2020 dengan harga RM15.

10 comments:

  1. this is fun to watch.. hehehe put in the list

    ReplyDelete
  2. ternampak lak si poc tu dah rasa seram nak nengok... aritu akak dah langgan movie bikin filem... menari k jugak lah ceritanya...
    ingat cerita mulut masin ni cita kelakar2 je sebab tengok ada kanak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar kat poster tu takde kena mengena dgn jalan cerita dia..haha

      Delete
  3. tengok dengan famili menarik eh.. boleh cuba nie.. tambah wataknya kanak-kanak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem yg santai, sesuai untuk ditonton dgn anak2 :)

      Delete
  4. menarik juga..plot dia..blh tonton :)

    ReplyDelete
  5. Pelakon kanak-kanak kalau menjiwai wataknya, menarik hasil lakonannya nanti.

    ReplyDelete
  6. hahaha diorang kena pergi kubur tengah malam sebab nanti sahur parents diorang tahu pasal wasiat tu. Tapi berani jugak la memasing. Takut kena marah punya pasal

    ReplyDelete
  7. Thank you for content. I like it and my site is different for your site. please visit my site. คาสิโน

    ReplyDelete