Review Novel | Aslan by Shazie Kamaruzaman


Novel : Aslan
Penulis : Shazie Kamaruzaman
Helaian : 554
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Terbitan : April 2020


ini pertama kali aku membaca karya Shazie Kamaruzaman, mengisahkan Aslan seorang pewaris Aslan Group berkahwin dengan Daneen kerana kawan baiknya Gibb yg juga merupakan abang Daneen.

Aslan terima amanah Gibb kerana mahu melindungi Daneen dalam masa yg sama Aslan sudah lama menyimpan perasaan pada Daneen. apabila mereka berkahwin secara tak langsung, Daneen juga terlibat dalam konflik keluarga Aslan.

sebenarnya kisah dia simple je tapi meleret bukan main sebab hero dia terlalu berahsia. ok fine Aslan tu romantic, charming dan protective tapi kalau semua benda nak berahsia nampak macam over protective pula. Daneen bukan budak kecil lagi bila dia nak control everything. rasanya kalau dari awal dia berterus terang perkara sebenar mungkin Daneen boleh faham situasi sebenar.

novel ni bukan taste aku sebab terlalu banyak babak mesra suami isteri, rimas baca novel macam ni. sepatutnya penerbit letak rate kat cover tu untuk bacaan dewasa, walaupun akak dah dewasa tapi kurang minat baca novel macam ni. sorry~

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**

Baca juga:

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. saya faham rasa tak selesa bila ada scene bukan jadi keutamaan.

    ReplyDelete
  2. Hurm.. kadang ada perkara dalam novel tu buat kita jadi tak minat nak membaca kan Tiara..

    ReplyDelete