Title : Kill Me If You Dare
Original Title : Oldür Beni Sevgilim
Country : Turkey
Director : Senol Sonmez
Writer : Murat Disli
Release Date : 1 March 2019
Duration : 104 minutes
Network : Netflix
Cast : Murat Boz, Seda Bakan, Acelya Topaloglu, Ozgur Emre Yildirim, Seda Guven
Pada ulangtahun perkahwinan yg kelima, Okan membawa Demet ke kedai kebab kegemaran Demet. Demet tidak berpuas sebab langsung tak ada suasana romantik sebab Okan pilih food court dalam shopping mall tempat dia bekerja dan hadiah yg diberi pula ialah seterika.
walaupun mereka berkahwin atas dasar cinta tapi perkahwinan Okan dan Demet terasa begitu hambar apabila masuk tahun kelima. mereka banyak berselisih pendapat terutama Demet yg merasakan suaminya begitu kedekut. Okan pula banyak berjimat cermat kerana perangai Demet yg terlalu boros berbelanja pada awal perkahwinan mereka.
Suatu hari, Okan menang loteri, masing-masing rasa begitu teruja dan gembira dengan duit yg banyak. Okan sudah membuat perancangan untuk melabur wang itu terlebih dahulu dan membuka perniagaan setahun selepas itu.
Demet pula dah plan nak pergi bercuti dan shopping dengan duit tersebut. belum apa-apa lagi Demet sudah behenti kerja sebab tak tahan dengan perangai manager kat tempat kerja dia.
bila Okan tahu terus mereka bergaduh sebab Demet dah rosakkan rancangan yg dia buat untuk masa depan mereka.
masalah besar juga bila Demet terlebih excited beritahu kawan baiknya, Gonca tentang duit kemenangan tersebut. si Gonca ni pula menghasut yg kemungkinan Okan buat rancangan membunuh Demet untuk bolot duit tersebut.
ini antara contoh terbaik kawan yg jenis toksik tapi si Demet tak sedar dan boleh pula makin percaya dan ikut dengan saranan bodoh si Gonca ni.
Okan yg terdengar perbualan telefon Demet dengan kawannya terus rasa cuak bila tahu Demet rancang nak bunuh dia. Okan terus consult dengan kawannya (tak ingat nama) dan mereka buat rancangan juga untuk protect diri sendiri.
Okan cuba memenuhi impian Demet dengan membawa isterinya bercuti ke Fethiye dan ambil pakej yg paling mahal sekali. pelbagai aktiviti yg dilakukan mereka berdua sepanjang bercuti tapi sebenarnya masing-masing sudah hilang kepercayaan dengan pasangan sendiri. Okan dan Demet sudah mempunyai rancangan sendiri.
gosh, tempat shooting mereka kat sini cantik giler. seronok tengok view kat Fethiye ni. the best thing bila tengok citer Turki, diorang akan tunjuk tempat menarik yg cantik di Turki.
Oldur Beni Sevgilim sebuah filem bergenre romantik komedi tapi sejujurnya aku tak rasa terhibur dengan plot dan pelakon dalam filem ini. rimas dengan heroin jenis tak fikir panjang dan kuat complain. watak kawan mereka ni tersangat annoying dengan plan bodoh yg ntah apa-apa tu. nampak watak masing-masing kurang cerdik.
pengajarannya, suami isteri kena banyak berkomunikasi untuk kebaikan rumah tangga mereka. bila sibuk buat luahan perasaan dekat orang luar takut ada yg ambil kesempatan lagi-lagi bila ada kawan jenis toksik macam ni. tak pasal masalah kecil boleh jadi salah faham paling besar.
Betullah...zaman skrg memasing sibuk gan hanphone...ermmm..nak kena tengok cite ni laaa...
ReplyDeleteKawan toksik ini memang bahaya.. boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga.. patut dicantas je kawan sebegini..
ReplyDeleteitulah..tak rasa nak gelak pula bila tengok kawan jenis ni beriya lebih bagi nasihat bodoh.
Delete