Title : The King: Eternal Monarch
Director : Baek Sang Hoon, Jung Ji Hyun
Screenwriter : Kim Eun Sook
Network : SBS/Netflix
Episode : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Lee Min Ho, Kim Go Eun, Woo Do Hwan, Kim Kyun Nam, Lee Jung Jin,
Jung Eun Chae, Kim Yong Ji, Kim Young Ok, Kwon Yool
Kingdom of Corea pada tahun 1994, Lee Lim telah membunuh King Lee Ho untuk merampas takhta dan juga mencuri seruling buluh Manpasikjeok yg dipercayai menyimpan seribu satu misteri.
Lee Lim adalah abang tiri kepada King Lee Ho yg dah lama menyimpan dendam kerana tidak dapat menjadi raja kerana statusnya bukan pewaris yg sah.
rancangan Lee Lim terganggu apabila seruling tersebut dirosakkan oleh anak buahnya, Lee Gon. Lee Lim cuba membunuh Lee Gon tapi tidak berjaya bila muncul seseorang yg menyerang Lee Lim dan pengikutnya.
Lee Lim melarikan diri ke hutan buluh bersama separuh Manpasikjeok kemudian menemui satu pintu yg membawanya ke universe yg lain iaitu Republik of Korea dan bertemu dengan diri dia yg kedua dalam keadaan menyedihkan.
drama ni guna pakai konsep parallel universe, iaitu wujud negara korea dan watak ni dalam versi kedua macam cermin atau duplicate macam itulah. kunci yg boleh membuka pintu antara dua dunia ini adalah seruling Manpasikjeok.
bila Lee Lim tahu tentang rahsia Manpasikjeok, dia guna untuk buat kejahatan dan berlagak macam tuhan. kononnya nak mengubah hidup orang lain menjadi lebih baik tapi syaratnya kena bunuh doppelganger mereka. semua benda yg Lee Lim ni hanyalah untuk kepentingannya pada masa depan.
tahun 2019, Lee Gon berjaya mengalas tanggungjawab sebagai raja Kingdom of Corea. walaupun peristiwa pemberontakan telah lama berlalu, Lee Gon masih cuba mencari penyelamatnya melalui nametag yg terjatuh di tempat kejadian.
nametag tersebut kepunyaan Lieutenant Jung Tae-eul dari Seoul Metropolitan Police Agency. yg peliknya jawatan dan unit tersebut tak wujud di Kingdom of Corea dan bertambah misteri juga bila Jung Tae-eul ni lahir tahun 1990 dan nametag tersebut pula dikeluarkan pada tahun 2019. wah time travel ke ni?
Pada suatu hari, Lee Gon ketika menunggang kuda di hutan buluh belakang istana, Lee Gon terjumpa pintu antara dua dunia ini. sebenarnya Lee Gon dapat ambil separuh lagi Manpasikjeok sebab itu boleh masuk pintu antara dua dunia ni. dan tadaaa, Lee Gon terjumpa dengan Jung Tae-eul yg dicari selama ini.
Lee Gon juga genius matematik dan sangat berminat dengan sains sebab itu dia tak ambil masa yg lama untuk faham keadaan sebab Lee Gon juga percaya dengan konsep dunia parallel.
first time jumpa, Lee Gon bagitahu siapa dia dan dari mana dia berasal. dah tentu Jung Tae-el tak percaya yg Lee Gon dengan teori parallel universe dia tu. Tae-eul langsung tak percaya sampailah Lee Gon bawa dia ke Kingdom of Corea.
Lee Gon dan Jung Tae-eul kemudian sedar dunia mereka berdua sudah bercampur dan jadi serabut apabila kes pembunuhan misteri yg Tae-eul tak dapat selesaikan ada kaitan dengan Lee Lim.
Jung Tae-eul vs Luna |
Jo Young vs Jo Eun Sub |
barisan pelakon dalam drama ni memang best dan lakonan pun mantap sebab kena bawa dua watak dalam drama ni. contohnya Kim Go Eun pegang watak utama sebagai Jung Tae-eul dan juga watak wanita misteri bernama Luna.
dan juga Woo Do Hwan yg berlakon sebagai Jo Young, bodyguard Lee Gon yg sgt setia dan juga Jo Eun Sub, kawan baik Jung Tae-eul. walaupun rupa paras sama tapi personaliti mereka sangat berbeza. kalau Young jenis serius memanjang tapi Eun Sub pula jenis yg chill dan kelakar. part Young dan Eun Sub ni memang best, aku banyak gelak dengan scene mereka berdua.
Eun Bi dan Eun Woo ni adik kembar Eun Sub, scene diorang tak banyak tapi alahai comel la budak dua ni. bila Young datang ke Republic of Korea dia menyamar sebagai Eun Sub dan kena jaga budak dua ni. yg kelakar, Eun Bi ni macam ada sixth sense sebab dia bagi kat semua yg tu bukan abang dia, mau tak cuak si Young dengan Eun Bi ni.
Kang Sing Jae pula kawan sekerja dan kawan baik Jung Tae-eul sejak zaman sekolah lagi. Sing Jae awalnya tak suka dengan Lee Gon sebab tak boleh trace identiti Lee Gon. tapi di penghujung Sing Jae bekerjasama dengan Lee Gon dan Young untuk menangkap Lee Lim.
Koo Seo Ryung seorang perdana menteri Kingdom of Corea yg disukai rakyat kerana imejnya yg mesra dan berasal daripada golongan bawahan tapi dalam dunia politik dia banyak main kotor lagi-lagi dengan orang yg cuba cari pasal dan bash dia.
Seo Ryung cita-cita terlalu tinggi, nak ubah nasib diri kahwin dengan orang kaya dan masuk dalam dunia politik then bercerai. lepas tu berangan pula nak jadi queen tapi sayang Lee Gon langsung tak pandang dia. Seo Ryung buat silap besar bila dia cari pasal dengan Lee Gon dan Lee Lim.
konsep drama The King Eternal Monarch ni menarik sebabnya menggunakan teori parallel universe. tapi jalan ceritanya agak complicated, ada beberapa yg aku pun tak faham lagi-lagi bila masuk last 3 episode tu penulis banyak main dengan time travel.
tak puas hati juga dengan Lee Lim ni sebab dari awal episode bukan main jahat tapi pengakhiranya macam eh senang pula pacik ni mati, apa function konco-konco yg dia rekrut selama 25 tahun tu pun tak tahulah.
bagi aku, drama ni akan jadi lebih menarik kalau penulis boleh rungkaikan misteri yg complicated ni dengan lebih details baru nampak kemas storyline dia tapi masalahnya penulis lebih suka fokus pada babak romantik yg cheesy antara Lee Gon dan Jung Tae-eul dan juga Prime Minister Koo yg gila kuasa tu.
actually, aku enjoy tengok drama ni sebab watak yg ada tu memang best cuma kurang puas hati dengan beberapa plot yg nampak kurang kemas. ending pula, ok aku memang tak expect apa sangat dengan ending tapi sangat puas hati sebab penulis bagi best ending untuk semua watak dalam drama ni.
Tak tengok lagi drama ni
ReplyDeletetry la tengok..hehe
Deletenak kena maraton tengok nanti nih
ReplyDeletenampak macam best jer
silalah tengok..hehe
DeleteTak ada mood lagi nak tengok. Haha
ReplyDeletetengok drama lain dulu aien..haha
Deletemenarik ni :)
ReplyDeleteakak memang minat juga lee min ho tu tapi sebab ramai yang review kata drama ni tak berapa ok, jadi akak pun tak jadi layan hehehe... drama berat-berat ni kadang malas nak layan
ReplyDeleteok je cite ni akak cuma jalan cerita dia complicated sikit..hehe
Deleteassalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeleteumi mmg bukan peminta k drama so tak tau cite ni...kena tanya anak2 dara pendapat diaorg hehe
ReplyDelete