Swimming Battle


Drama Taiwan ini mengisahkan Gou Haifei yg mempunyai segala-galanya tapi masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya dan berusaha mencari gadis itu. 


Suatu hari, Haifei meyelamatkan seseorang yg lemas dan dia mendapati gadis yg diselamatkannya itu mempunyai rantai leher yg sama seperti cinta pertamanya yg dia jumpa ketika berusia 11 tahun. He Yudie gadis yg diselamatkannya itu berkali-kali menafikan mereka pernah berjumpa.

Yudie ingin membalas budi Haifei dengan menawarkan kerja sebagai jurulatih renang untuk pasukan renang sekolah ayahnya. Pada waktu itu, Yudie menyangkakan Haifei bekerja sebagai lifeguard tanpa menyedari lelaki itu seorang CEO yg memiliki syarikat bernilai multibilion.


Haifei yakin Yudie adalah cinta pertama yg dicarinya selama ini kerana banyak persamaan antara mereka kecuali Yudie tidak tahu berenang dan dia juga pelik kenapa Yudie tidak mempunyai memori tentang dirinya. Tawaran kerja dari Yudie itu dirasakan peluang keemasan untuk dia dekat dengan Yudie dan menyiasat apa sebenarnya yg berlaku kepada Yudie dan dia merahsiakan identiti sebenarnya.

Pasukan yg dilatih Haifei adalah Qingkong School dan pasukan renang mereka lebih dikenali sebagai Flying Fish Team. Flying Fish Team mempunyai pretasi yg buruk dan mereka juga mempunyai konflik antara ahli pasukan dan juga pasukan lawan mereka iaitu Marlin Swiss Team.


Flying Fish Team dan Marlin Swiss Team pada awalnya selalu bergaduh dan menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan lawan tapi kemudiannya mereka mula bersaing secara sihat. Selain kisah cinta watak utama turut diselitkan kisah cinta dan juga hubungan persahabatan antara budak sekolah ini.

Hubungan antara Haifei dan Yudie ada juga diganggu orang ketiga. Yudie dalam diam diminati kawannya iaitu Ke Le, walaupun pada awalnya Ke Le tidak suka kewujudan Haifei namun bila menyedari Yudie telah jatuh cinta dengan Haifei, Ke Le membuat keputusan untuk mengundur diri.


Lain pula dengan Fiona, Fiona selalu menganggap Haifei ialah teman lelakinya walaupun lelaki itu tidak pernah memberi harapan padanya. Kewujudan Yudie dalam hidup Haifei menambahkan sakit hati dan Fiona dalam diam cuba memisahkan Haifei dan Yudie.


Drama Swimming Battle memang banyak sangat watak dan jalan cerita dia juga tidak terlalu fokus pada watak utama banyak mengenai progress swimming team. permulaannya aku rasa drama ni sangat menarik dan best tapi lepas episode 10 rasa macam lambat pula nak habiskan tambahan lagi enam episode last tu banyak pula plan jahat Fiona ni.

2 comments: