Drama Korea | Love in the Moonlight (2016)


Hong Ra On dibesarkan sebagai sebagai budak lelaki oleh ibunya bagi menyembunyikan identiti sebenarnya dan menggunakan nama Hong Sang Nom. Sang Nom mencari duit dengan menulis surat cinta memberi nasihat berkaitan percintaan. Suatu hari, dia ditangkap dan dijual ke istana lalu terpaksa menjadi eunuch.

Lee Young dilantik sebagai Putera Mahkota kerana dia adalah satu-satunya putera raja. Young seorang yg bijak tetapi tidak disukai oleh orang suruhannya kerana sikapnya yg sukar dijangka. Young juga selalu keluar dari istananya dengan menyamar bagi menyembunyi identiti sebenarnya.

Mereka bertemu dan Sangnom tidak mengetahui Young adalah putera mahkota. dia melayan Young seperti kawan tanpa curiga tentang identiti lelaki itu. dan Young selesa berkawan dengan Sangnom.

Kim Yoon Sung pula cucu kepada Prime Minister Kim dan pernah menjadi sahabat baik Young. Yoon Sung seorang yg baik hati dan bijak tetapi selalu mengelak untuk mencampuri urusan politik. Pertama kali bertemu Sangnom, Yoon Sung tahu yg Sangnom seorang gadis walaupun dia berpakaian lelaki tetapi Yoon Sung berpura-pura tidak tahu dan dia selalu menolong SangNom bila gadis itu dalam masalah.

Kim Yoo Jung
Hong Ra On/ Hong Sang Nom

Park Bogum
Lee Young

Junyoung
Kim Yoo Sung

Malas nak komen apa pasal drama ni sebab bila tengok Park Bogum je tak boleh nak stop senyum..haha

2 comments:

  1. Hahaha.. Setuju sangat.. Park Bogum je mampu membuatkan kita happy.. hehehe.. Tapi akak suka watak pengawal yg jaga park bogum tu..

    ReplyDelete