Review Lakorn: Karn La Krang Neung..Nai Hua Jai (Once Upon a Time..In My Heart)


Title : Karn La Krang Neung.. Nai Hua Jai
Also known as : Once Upon a Time..in my Heart
Year : 2016
Episodes : 12
Duration : 1 hour 20 minutes
Cast : Mick Thongraya, Pimmy Pimprapa, Boom Piyaphun, Mek Juti, Namwaan Kannaporn


Karn La Krang Neung.. Nai Hua Jai mengisahkan Fahsai (Pimprapa) yang kecewa apabil mengetahui teman lelaki telah mengkhianati dirinya dengan melamat wanita lain sebagai isteri. untuk mengubati kekecewaannya, Fahsai membuat keputusan untuk mengikut kawannya bercuti ke Jepun.

Semasa di sana, Fahsai bertemu dengan Daniel Wong (Mik Tongraya) seorang ketua mafia Hong Kong yang cedera dan sedang dikejar musuh. takut dengan situasi tersebut, Fahsai cuba membantu Fahsai dengan membawanya bersembunyi di bilik hotel.


Ketika pertama kali bertemu, Daniel terkejut kerana wajah Fahsai sangat mirip dengan teman wanitanya yang telah meninggal dunia. Daniel cuba melindungi Fahsai sepanjang berada di Jepun dan memastikan Fahsai kembali ke Thailand dengan selamat untuk mengelak kejadian buruk berlaku terhadap gadis tersebut.

Selepas dua bulan kembali ke Thailand, Fahsai mula diganggu dengan kehadiran Chen Ming (Kitkong Khamkrith) yang juga mafia dan musuh ketat Daniel. dalam masa yang sama, Daniel juga kembali ke Thailand dan bertemu dengan Fahsai.


paling suka dengan pasangan kedua dalam drama ni. Chen Biau (Mek Juti) merupakan orang kanan Daniel, selalu tayang muak tak ada perasaan dan kawan baik Fahsai iaitu, Puifai pula seorang yang ceria dan gila-gila.

Walaupun Puifai tahu yang Chen Biao adalah mafia tetap juga nak kacau orang tu. Sampai satu tahap Chen Biao hilang sabar terus secara tak sengaja tercederakan tangan Puifai sampai. scene ni comel dan kelakar sangat.


Dalam drama ni ada la beberapa scene macam pelik sikit.. yang pelik tengok ketua mafia Hong Kong cakap siam, lawak pula rasa lepas tu rasa terganggu pula tengok rambut Daniel mantain lepas bangun tidur. tapi abaikan semua itu sebab drama ni best tengok scene Daniel dan Fahsai. Overall, best layan sebab suka hero dan heroinnya dan suka juga second couple dalam drama ni.

No comments:

Post a Comment