Sinopsis Drama Ryan Aralyn (TV3)

Sinopsis Drama Ryan Aralyn (TV3)

Drama : Ryan Aralyn
Produksi : Qaisworks Production Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharudin
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 25 September 2020
Episode : 28
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd

Sinopsis Drama Ryan Aralyn

mengisahkan Ryan (Zul Ariffin) memegang tanggungjawab untuk menjaganya neneknya yg sakit dan juga anaknya Amir. Isterinya, Hanis (Fify Azmi) pula selalu merasakan nenek menyusahkan dan tidak puas hati bila nenek tinggal bersama mereka.

Hanis tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan selalu keluar malam untuk berhibur. bila Amir sakit, Hanis tak habis nak salahkan Ryan tak pandai menjaga anak padahal dia sendiri selalu tak melekat di rumah.

alkisahnya, Hanis pernah terlanjur dan perangkap Ryan sebagai pak sanggup. sepatutnya Hanis bersyukur sikit sebab Ryan dah banyak berkorban sambil jaga anak yg bukan anak dia. Ryan juga gigih mencari rezeki yg halal untuk sara kehidupan mereka sekeluarga.

Sinopsis Drama Ryan Aralyn (TV3)

Aralyn (Raysha Rizrose) dibesarkan dalam keluarga yg serba mencukupi dan begitu teruja merancang perkahwinannya dengan Zarul (Shah Iskandar). Puan Nora tak berkenan dengan Zarul dan meminta Aralyn memikir dengan lebih serius dengan perkahwinan sebab tak mahu Aralyn menyesal di kemudian hari.

Zarul pula memang gembira Aralyn bakal menjadi isterinya tapi sebenarnya Zarul belum bersedia. Zarul masih memikir untuk berseronok dengan life dia dan rimas bila Aralyn berangan untuk mendapatkan anak bila mereka berkahwin kelak.


Satu kemalangan telah berlaku antara Aralyn dan Ryan yg telah menyebabkan Ryan kehilangan anaknya dan Aralyn pula menjadi lumpuh. Selepas insiden tersebut, hidup Ryan terus diuji apabila Hanis minta cerai, paling pedih bila tahu anaknya yg sedang dikandung Hanis adalah hasil hubungan terlarang dengan kekasih gelapnya. nenek juga meninggal beberapa hari selepas itu.

Ryan masih dihantui rasa bersalah pada Aralyn kerana kemalangan tersebut Aralyn telah lumpuh. Ryan pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari Aralyn tapi tidak kuat untuk berdepan dengan Aralyn kerana melihat sendiri Aralyn sudah hilang semangat untuk hidup. Zarul sendiri tidak dapat menerima keadaan Aralyn lalu terus memutuskan hubungan mereka.

Mampu Ryan berdepan dengan Aralyn untuk memohon kemaafan. Mampukah resah ini diluahkan demi cinta.

8 comments:

  1. tak pernah tgk lagi..sebab klo da start follow hari2 la kelat kat tv nanti heheh

    ReplyDelete
  2. ada drama best rupanya di tv3 😍 thanks sharing . saya nak tengok lah lepas ni

    ReplyDelete
  3. jauh di sudut hatiku, tak suka zul ariffin. kbai~

    ReplyDelete
  4. ada tertengok sikit mlm td,babak zul arifip tengah nangis merah muka... tapi tak layan sebab takmo layan drama sedih-sedih nnti sakit ati heheheh

    ReplyDelete
  5. Ada tertengok sikit drama ini.. Tak sempat nak follow..

    ReplyDelete
  6. Malam ni tak sabar nak tengok Ryan mencari Ara eh!

    ReplyDelete