Resepi | Ayam Popcorn Sambal Manis


Resepi Ayam Popcorn Sambal Manis ni diambil daripada youtube channel Che Nom. aku selalu juga follow channel Che Nom sebab resepi dia mudah dan senang. orang cakap kalau yg tak reti masak ikut resepi dia gerenti jadilah..hahaha

BAHAN YG DIPERLUKAN
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato
  • 10-15 biji cili padi
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Garam secukup rasa
#Bahan Kisar Halus
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 1/2 sudu besar cili kisar
#Bahan Untuk Ayam Popcorn
  • 3-4 ketul dada ayam
  • Sedikit garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • 1-2 cawan tepung jagung.

CARA MEMBUATNYA
  1. Potong dadu isi ayam.
  2. Gaul ayam dengan garam, serbuk kunyi dan telur.
  3. Salut ayam dalam tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. Potong kasar bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar dan tomato.
  5. Buang tangkai cili padi, tak perlu potong.
  6. Blander bawang merah, bawang putih, halia, cili kering (direbus) dan air sedikit.
  7. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai rangup, angkat dan ketepikan.
  8. Tumis bawang besar sampai layu .
  9. Masukkan bahan kisar halus dan sedikit air, masak sehingga pecah minyak.
  10. Masukkan sos cili, kicap manis, air, gula (lebihkan), sos tiram (optional), garam, cili padi dan tomato.
  11. Masak sampai pekat dan akhir sekali perlahankan api dan masukkan ayam goreng pop corn.

dah dua kali aku masak ayam popcorn sambal manis ni, first time buat dulu berkuah sikit kali ini kering pula. tak reti nak agak kuah dengan kuantiti ayam tu tapi kali kedua ni memang tak ikut resepi sangat. tak kisahlah yg penting makan dengan nasi memang sedap 😊

Kredit Resepi: Che Nom

Follow my blog with Bloglovin

Post a comment

13 Comments

  1. menariknya resepi ni tiara, kalau tak berapa pedas, mesti budak2 suka kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh adjust, saya buat pun tak berapa pedas sgt. try la masak untuk anak2 kak syaz, mesti diorang suka..hehe

      Delete
  2. Suka juga tgk resepi dkt channel che nom tu.. simple je dia ajar resepi dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sgt mudah sebab dia tunjuk step by step dan siap bagi tips lagi :)

      Delete
  3. bestnya pandai masakkk... im trying to minat masok dpur but tak menjadi.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe atie boleh slowly belajar. try cari dan masak resepi yg senang dulu. i dulu pun tak reti masak juga sekarang baru rajin sikit itupun kadang jadi kadang tak jadi..hahaha

      Delete
  4. Wahhh menggamit selera tengok resepi ni Tiara.

    Ruby pun suka tengok channel u tube che nom tu.

    ReplyDelete
  5. menarik nih, akak pun suka tengok ig che nom... cara masakan dia ringkas

    ReplyDelete
  6. nampak sedap. Boleh ni cuba gak kat rumah ni

    ReplyDelete
  7. Nampak mudah resepi dia.. sedap pula tu,..

    ReplyDelete
  8. Sedap lagi menyelerakan, ok nanti cheq try 😋

    ReplyDelete