Sinopsis Drama Kampung People 2 (TV3)

Sinopsis Drama Kampung People 2 (TV3)

Drama : Kampung People 2
Produksi : KL Motion Pictures
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin
Mula Tayangan : 17 September 2020
Episode : 13
Masa : Rabu-Khamis | 9.00 Malam
Pelakon : Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem,  Adibah Noor, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Shah Kimin


tak sampai setahun, Kampung People kembali semula dengan musim kedua, siapa yg excited nak tengok drama ni sila angkat tangan..hehe. yg pasti musim terbaru ini bertambah gamat kerana masih lagi mengekalkan pelakon asal dan terdapat juga penampilan baru seperti Adibah Noor, Kismah Johari dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Kampung People 2

keluarga Razif telah kembali ke bandar selepas Tuan Shuhaimi dipenjara dan kumpulan Cengkih Manis dibubarkan. Razif bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat dan struggle dengan kewangan keluarganya kerana gaji Razif kini hanya 1/3 daripada gaji lama.

Razif terpaksa menjual rumah mereka sebab tak mampu nak tampung kos bulanan. walaupun terpaksa downgrade kehidupan mereka, Razif masih mahu Laila belajar di kolej terpaksa dan menjadi akauntan sepertinya.

banyak juga benda yg Razif kena fikir dengan kerja yg banyak dengan kereta mahal yg rosak. balik rumah pula bertambah pening bila tengok Mona excited merancang parti untuk mak-mak datin.

Mona masih lagi meneruskan rutinnya sebagai suri rumah kerana Razif tidak mampu mengambil orang gaji. Mona kononnya bahagia dengan kehidupannya sekarang dan tidak kisah diboikot persatuan datin tapi sebenarnya sangat kisah.

namun kedatangan Datin Anis ke rumah, memberi idea kepada Mona untuk membuat parti menyambut kepulangannnya. Mona excited merancang partinya yg memakan belanja hampir 100 ribu.

Yummy pula masih dengan video gamenya dan selalu mengantuk. Razif terpaksa memotong elaun dan memaksa Yummy keluar bergaul dengan anak jiran mereka. Yummy punya alasan mana ada budak bandar melepak kat luar rumah macam kat kampung.

Laila pula sudah bahagia dengan Jaafar sebagai teman lelakinya. Laila tidak kisah dengan penampilannya sekarang kerana percaya kecantikan dalaman itu lebih penting daripada luaran, lagi satu sebab lagi dia dah ada Jaafar so tak perlu nak bercantik untuk tarik perhatian orang.

tapi bila sampai kolej, Laila jadi sedih bila semua kawan kolej tak cam Laila disebabkan penampilannya selekeh. Laila tekad merawat kulit mukanya yg kusam dan dipenuhi bintik hitam.

Laila juga stress follower instagramnya hilang 20kg ribu, Laila berazam untuk menaikkan semula jumlah pengikut dan bersaing dengan Amy, bekas kawan baiknya.

Norbik ada menelefon mengajak Razif kembali semula ke kampung dan menanam jagung tapi Razif menolak. Tuan Shuhaimi di penjara pula menghantar orang memburu Razif kerana Razif sahaja yg tahu lokasi duitnya disembunyikan.

nak tahu apa yg terjadi seterusnya dan kenapa keluarga Razif pulang ke kampung kena tonton episode seterusnya.

10 comments:

  1. akak layan jugak drama ni malam td yelah episod pertama kan, sebeb masa yang season pertama akak tak layan sgt... tapi bosan lak dengan slang si laila yg terlalu sangat buatkan akak tukar ke siaran lain huhuhu nampak sangat akak tak berapa boleh masuk dengan drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. laila punya slang memang over sikit..haha
      takpe kak tak semua orang boleh masuk dengan lawak dia :)

      Delete
  2. best best. tak kering gusi tgk cita ni.

    ReplyDelete
  3. dah tonton semalam ... :D.. laila dah naik jerawat :D

    ReplyDelete
  4. wahh adibah nor berlakon cita ni ka.. kena tgk ni.. i suka dia sngt

    ReplyDelete
  5. mcm3 kerenah keluarga kg people nih..tergelak tgk gelagat deme

    ReplyDelete
  6. hahahha layan sangat ni cerita kampung people 2 . mona tu yang lawak sangat hahaha

    ReplyDelete