Drama : Bicara Cinta
Produksi : Primeworks Studio
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Syed Mohammad Taufik Syed Abd Jalil
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 21 September 2020
Episod : 13
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan,
Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor, Syed Aiman, Beego, Lisdawati, Eizlan Yusof
Bicara Cinta drama adaptasi novel karya Missa J mengisahkan Anis Sofea (Emma Maembong) anak tunggal kepada pasangan Zainuddin (Eizlan Yusof) dan Zaleha (Lisdawati) yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan serba kemewahan. Anis mempunyai teman lelaki bernama Saddiq (Azrel Ismail).
hubungan Anis dan teman lelakinya agak bebas apabila Anis selalu mengikut Saddiq (Azrel Ismail) masuk ke bilik hotel apabila ibu bapanya pergi outstation. sehingga suatu hari, Anis terserempak dengan Tok Ma ketika keluar bersama Saddiq, teruk Anis dimarahi Tok Ma.
Tok Ma tidak pernah merestui perkahwinan Zaleha dan anaknya. walaupun Anis dah masuk 20 tahun, Tok Ma masih lagi benci dengan Zaleha dan Anis yg dikatakan pembawa malang dalam keluarganya.
Anis risau bila tahu dirinya mengandung, dia memberitahu ibu bapanya yg dia mahu berkahwin dengan Saddiq. Saddiq pula selalu mengelak dengan bagi pelbagai alasan dan berjanji akan bertemu keluarga Anis selepas mereka pulang dari outstation. rasa nak bagi penampar je dengan Saddiq ni!
malangnya Anis kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya dan Tok Ma pula terus menyalahkan Anis atas apa yg berlaku. Anis nekad mahu pulang ke kampung ibunya untuk mencari datok dan nenek yg dia sendiri tak pernah jumpa.
drama melayu sekarang ni watak mak mentua semua mental, dia punya benci sampai cucu sendiri pun nak bunuh. nasib baik orang suruhan Tok Ma khianat tuan sendiri, sempatlah si Anis lari ke kampung sehelai sepinggan dengan duit yg mak dia bagi.
Rais (Adi Putra) pula lelaki kampung yg bekerja sebagai nelayan dan pernah simpan perasaan pada Zaleha. Rais menjaga Tok Ali dan Nenek Humairah seperti orang tuanya lagi-lagi bila Zaleha sendiri tidak pernah pulang ke kampung untuk menjenguk ibu bapanya selepas berkahwin dengan Zainuddin.
Rais masih lagi selesa hidup membujang walaupun sering didesak oleh kawan-kawannya serta Nomi yg telah lama menyimpan perasaan pada Rais.
tak tahu nak kesian ke nak menyampah dengan si Nomi yg setia menunggu Rais sampai 20 tahun sampai sanggup reject semua orang yg masuk meminang. kalau 20 tahun tak ada progress takkan tak faham lagi.
Nak tahu sambungannya kena lah tengok episod seterusnya. sis pun excited nak tengok drama ni sebab Adi Putra yg berlakon.
omgg legend adi putra berlakon, harus tgk ni
ReplyDeleteitu yg lagi excited nak tengok..hehe
DeleteNampak menarik ni :)
ReplyDelete