Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)

Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)

Kiraz Mevsimi atau Cherry Season sebuah drama turki yang dilakonkan oleh Ozge Gurel dan Serkan Cayoglu mengisahkan Oyku seorang gadis biasa yang mempunyai impian untuk menjadi pereka fesyen selepas menamatkan pengajiannya kelak.

Ayaz pula seorang arkitek yang berjaya dan mempunyai syarikat sendiri yang dibangunkan bersama kawan baiknya, Mete. Ayaz ni juga seorang playboy dan suatu hari bertemu dengan Oyku ketika masing-masing berebutkan teksi yang sama. selepas itu, terjadi lagi beberapa pertemuan antara mereka dan mereka saling bergaduh setiap kali bertemu.

Sejak kecil Oyku berkawan baik dengan Burcu, adik kepada Mete. Oyku juga dalam lama suka pada Mete tapi tak pernah confess. Sehinggalah suatu hari Oyku kecewa apabila dapat tahu Mete menjalinkan hubungan dengan Seyma, jiran sebelah rumahnya.

Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)
Ozge Gurel
Oyku

Oyku secara tidak sengaja menghantar surat cinta kepada Mete tapi Ayaz pula yang terima surat tersebut. pastu Mete pula dapat tangkap insiden antara Oyku dan Ayaz, so nak tak nak Oyk beritahu yang dia beri surat tu pada Ayaz sebab dah lama minat pada Ayaz. Bermula dari situ mereka berlakon menjadi pasangan kekasih.

Review Drama Turki: Kiraz Mevsimi (Cherry Season)
Serkan Cayoglu
Ayaz

suka jalan cerita drama ni, comel dan sweet je tengok si Ayaz walaupun jenis kaki perempuan dan best tengok chemistry mereka berdua. Maybe ni first time tengok drama dari turki, everything pasal drama ni macam terpukau pula tengok kecantikan yang ada. hero yg hensem, heroin yg cantik dan cinematograhpy yang lawa. best pula layan..hehe

No comments:

Post a Comment