Review Drama: Black Malaysia (Viu)

Review Drama: Black Malaysia (Viu)

Drama : Black (Malaysia)
Produksi : Alpha47 Films
Pengarah : Razaisyam Rashid, Kyroll Azri
Penulis Skrip : Bernice Low
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 17 Disember 2019
Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Akbakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan, Mimi Lana, Azman Hassan

VIU kembali lagi dengan drama terbaru Black yg diadaptasi daripada drama korea menggunakan judul yg sama. bila tahu Viu remake drama ni, excited juga untuk tengok drama ni walaupun tak berjaya habiskan versi Korea punya. 

Black (Malaysia) mempunyai lapan episod dan dibarisi pelakon terkenal seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Johari, Zoey Rahman dan ramai lagi. drama ni boleh tengok di VIU, aku pun tak pasal pergi subscribe VIU untuk bulan ni semata-mata nak tengok drama ni.


Black mengisahkan Sofia (Siti Saleha) yg mempunyai keistimewaan untuk melihat bayang-bayang hitam yg menandakan kematian dan apabila menyentuh bayang tersebut, Sofia dapat melihat cara kematian mereka.

Sofia menganggap keistimewaan yg dimilikinya satu sumpahan kerana tidak dapat menyelamat mereka walaupun dia cuba membantu. oleh sebab itu, Sofia memakai cermin mata hitam untuk mengelak daripada melihat bayang-bayang hitam tersebut.

Suatu hati, Sofia bertemu dengan seorang detektif bernama Malik (Kamal Adli) yg percaya dengan keistimewaan yg dimilikinya. Mereka bekerjasama untuk menyelamatkan orang yg mempunyai bayang-bayang hitam daripada kematian.

malangnya usaha mereka gagal dan Malik pula terkorban dalam satu insiden tebusan. Sofia menyalahkan diri sendiri atas kematian Malik.


444 (Rashidi Ishak) datang ke alam manusa untuk menangkap 419 yg telah melanggar undang-undang kaum Bhaca. Bhava ini kalau manusia panggil bunian. salah satu cara untuk menjalankan misinya adalah meminjam badan kaum manusa.

Malik pula telah disahkan mati tetapi hidup semula apabila 444 menggunakan badan Malik. semua orang yg kenal Malik terkejut bila Malik yg telah disahkan mati tetiba hidup kembali tapi Malik telah hilang ingatan. iyelah mana nak ingat kalau Malik ni sebenarnya orang lain.

444 seorang yg hati kering, misinya dia adalah 419 dan hal lain memang dia malas nak ambil tahu. sampailah secara tak sengaja 444 dapat tahu yg ada orang cuba membunuh Malik dan pada hari kejadian memang ada orang sengaja menembak Malik.

444 cuba menyiasat kes lama yg Malik menyiasat dalam diam yg saling berkait dengan orang sekelilingnya. dia juga cuba menggunakan keistimewaan Sofia untuk menjejaki 419 dan dalam masa yg sama menyiasat kes yg sedang disiasat Malik.


kalau tak salah aku, versi korea lebih serius tapi versi Malaysia lebih ringan sikit kerana diselitkan babak komedi .menarik juga sebab ada beberapa part yg diubah sedikit supaya sesuai dengan citarasa penonton Malaysia tapi drama ni mungkin tak lepas nak tayang di tv sebab dialog Khir Rahman dalam ni banyak mencarut sampai aku pun terkejut juga pertama kali tengok babak macam ni dalam drama melayu.

bagi aku, Black versi Malaysia menarik juga untuk ditonton cuma ending dia agak tergantung sedangkan banyak lagi persoalan yg belum terjawab. maybe ada musim kedua, mana tau kan cuma mampu mengharap.

14 comments:

  1. Kalau versi Korea habislah.. Yang versi Malaysia ini kata ada sambungan lagi.. tapi tak tahulah bila.. katanya bukan sampai episod 8 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada sambungan bagus juga sebab cerita dia tergantung habis :(

      Delete
  2. versi korea pun belum ada kekuatan nak tengok lagi ni. adeh. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tengok sekerat je umi yg versi korea tu..hehe

      Delete
  3. ala nak tengokkkk...sebelum ni memang tengok Black Korea tu sampai habisss

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok Black versi Korea. Best! yang Malaysia punya, tengah layan. ^^ Hopefully best la kan?

    ReplyDelete
  5. Bestnya cite ni mama suka cite pelik MCM ni

    ReplyDelete
  6. tak suka siti saleha tapi jalan cerita drama ni macam best lagipun episod dia tak banyak hehe

    ReplyDelete
  7. Boleh masuk list untuk ditonton.

    ReplyDelete
  8. ending cerita black korea x berapa best.. hehe

    ReplyDelete