Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu (TV3)

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu (TV3)

Drama : Bahagia Kasihmu
Slot : Zehra TV3
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Eyka Farhana, Fezrul Khan, Tisha Shamsir, Julia Ziegler

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu

Akibat tersalah memilih kawan, Tasnim terpaksa menghabiskan zaman remajanya di pusat pemulihan akhlak. Selepas keluar dari situ Tasnim tekad untuk memulakan hidup baru dan melupakan kisah silamnya.

Tasnim mendapat kerja di kedai bunga dan di situ bermula perkenalan dia dengan Zarul. Tasnim dalam diam terpikat dengan sikap Zarul yg peramah dan baik hati namun cuba menepis perasaan itu kerana merasakan dirinya tidak layak buat Zarul.

Zarul juga mempunyai masalah sendiri, ibunya mahu menjodohkan dia dengan Needa dengan alasan wasiat daripada bapanya. Walaupun ibunya dan Needa terus memaksa supaya Zarul menerima hubungan tersebut, Zarul cuba menolak dengan baik dan hatinya juga sudah mula suka dengan Tasnim.

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu (TV3)

nak komen sikit je, Fezrul Khan ni kalau berlakon jadi jahat perghhhh menyampah giler tapi bila jadi baik alahai sweetnya..hahaha

1 comment:

  1. Haha yes saya pun setuju. Fezrul ni kalau berlakon mana2 side pun boleh. Jahat ke baik ke. Jadi mak nyah pun boleh. Memang all-rounded actor.

    ReplyDelete