Drama Turki | Dolunay (Fullmoon)


Dolunay dan Atesbocegi dua buah drama Turki yg aku try tengok sekarang ni. memang tak tahu nak tengok drama apa sekarang so aku layan je drama turki ni. actually banyak je drama turki yg best kalau korang jenis minat layan drama yg romantic tapi aku pula tengok bila aku rasa nak layan. muka heroin ni memang macam familiar sangat then baru ingat dia yg berlakon dalam Cherry Season dan aku memang suka sangat dia berlakon dalam Cherry Season tu.

Dolunay drama yg masih baru ditayangkan di Turki dan aku pun tak tahu berapa episode kesemuanya sebab banyak info drama ni dalam bahasa Turki so memang tak dapat nak pahamlah. 


RECAP EPISODE 1


Dolunay mengisahkan Nazli seorang pelajar kulinari yang sedang mencari kerja sambilan untuk menampung kehidupannya dan adiknya. Nazli kemudiannya dapat kerja sebagai tukang masak peribadi untuk seorang jutawan bernama Ferit.

Sepanjang bekerja di rumah agam tersebut, Nazli tidak pernah bertemu majikannya, semua arahan disampaikan oleh pembantu Ferit. makanya Nazli menyangka Ferit adalah seorang lelaki tua yang cerewet. Ferit pula menyangka Nazli seorang wanita berusia kerana masakan Nazli sangat sedap dan kena dengan selerannya.

Nazli pelajar kulinari dan mencari kerja sambilan untuk menampung kehidupan dia dan adiknya dan mereka menyewa rumah bersama kawan baiknya. Nazli mendapat kerja sebagai personal chef untuk seorang jutawan bernama Ferit. 

sepanjang bekerja di situ Nazli tidak pernah bertemu dengan majikannya dan segala arahan daripada majikannya disampaikan oleh pembantu lelaki itu. pelbagai arahan yg cerewet yg diterimanya dan Nazli menyangka Ferit ialah lelaki tua yg cerewet. mereka berdua bersua muka juga akhirnya dan masing-masing sangat terkejut kerana pernah bertemu sebelum ini. 

Semasa bekerja di situ, anak buat Ferit bernama Bulut suka datang ke rumah Ferit  untuk bermain dengan Nazli sehingga mereka berdua menjadi rapat. Ferit merasakan itu satu masalah kepadanya jika dia tidak berpuas hati dengan hasil kerja Nazli di kemudian hari.

Ferit kemudiannya selalu terserempak dengan Nazli dalam parti yang dihadirinya dan kemudiannya Ferit telah salah faham pada Nazli kerana menyangka gadis itu mahu memburu lelaki kaya.


RECAP EPISODE 2


Ferit yang salah faham telah menuduh Nazli seorang mata duitan dan mahu memikatnya. hal ini menyebabkan Nazli sangat marah lalu membuat keputusan untuk berhenti kerja di rumah Ferit.

Suatu hari, keluarga Bulut terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan kedua ibu bapanya dan Bulut pula tidak dapat berjalan. Bulut memberontak tidak mahu makan sehingga Ferit buntu bagaimana mahu memujuk anak saudaranya itu dari kesedihan.

Nazli yang dapat tahu tentang kemalangan tersebut segera melawat Bulut di hospital dan berjaya memujuk Bulut untuk makan. Ferit kemudiannya membuat keputusan untuk mengambil Nazli sebagai pengasuh Bulut kerana pengasuh sebelum ini semuanya tidak dapat bertahan lama dengan kerenah Bulut.


bagi aku, drama Dolunay memang memang menarik dan aku suka sangat tengok Ferit dan Nazli. mereka ni memang tak ngam langsung tambah pula bila Ferit tuduh Nazli ni mata duitan tapi sebab Bulut perlukan perhatian masing-masing terpaksa beralah. agak excited la nak tahu apa jadi dengan mereka dua ni.

2 comments:

  1. Bestnya.. mana nak cari drama nie?

    ReplyDelete
  2. eh eh macam menarik je... dahla sejenis yg giler drama..ommmoo bertambah list drama kalau macam ni ..

    ReplyDelete