Novel | Somniphobia Sumpahan Syaitan by Iwan Reaz


Novel : Somniphobia Sumpahan Syaitan
Penulis : Iwan Reaz
Helaian : 480
Penerbit : Buku Puriz
Terbitan : Mac 2019

SINOPSIS

Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan.

Anas, seorang pemuda yang baru meminati buku-buku genre seram. Dia telah membeli beberapa buah novel, termasuklah sebuah novel bertajuk Somniphobia yang diberi secara percuma. Sejak membaca novel Somniphobia, dia mula mengalami mimpi-mimpi seram yang dirasakan seperti benar. Malah, dia juga semakin keliru antara realiti dan mimpi. Pernah dia cuba untuk memulangkan dan membuang buku itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu kerana ada ‘sesuatu’ yang mengganggunya.

REVIEW

Somniphobia mengisahkan gangguan yg dihantar kepada Anas melalui sebuah buku selepas ada kawan di facebook yg sentap dengan komen ditulis oleh Anas. gangguan ni terjadi melalui mimpi so bila Anas tidur dia akan mula diganggu dengan gangguan tersebut sampai anas sendiri mengalami somniphobia.

beruntung jadi Anas bila ada kawan macam Faiz yg sanggup buat apa sahaja untuk pulihkan Anas daripada gangguan tersebut walaupun sampai satu tahap Anas sendiri dah putus asa untuk berubat apabila terus-terusan diganggu.

kalau dulu orang tua cakap kerana mulut badan binasa, di zaman teknologi serba canggih ni jagalah tulisan kita di media sosial mungkin niat kita sekadar untuk bergurau tapi mana tahu ada yg terguris, tersentap sampai buat benda syirik. mimpi tu cuma mainan syaitan tapi apa yg penting tentang hubungan kita dengan Allah. selagi kita istaqamah dengan amalan kita insyallah benda amalan kita itu akan jadi pendinding untuk menangkis setiap gangguan tersebut.

buku ni sangat menarik tapi elemen seram tu tak sampai sangat kat aku dan ada part juga yg aku rasa dragging buat aku rasa bosan sikit tapi overall tak rugi pun baca sebab banyak pengajaran yg cuba disampaikan penulis melalui buku ini.

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**

2 comments:

  1. buku ini memang menarik sebab menjadikan buku sebagai subjek untuk mengenakan mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2X, xterpikir boleh hantar 'benda' pakai buku di zaman moden ni..hehe

      Delete