Book Haul Oktober 2019


Hai, Assalamuaikum..

tahun lepas aku banyak borong beli buku, bila masuk tahun 2019 memang aku punya azam nak kurangkan beli buku lagipun masih ada buku yg terperam tak terbaca lagi sebab mood membaca agak slow sikit. last borong buku untuk tahun ini waktu PBAKL hari itu.


Somniphobia Sumpahan Syaitan oleh Iwan Reaz

Karma oleh Muharikah

ini buku yg aku beli di Popular bookstore, kalau beli di kedai selalunya memang senang sikit aku nak bajet sebab limit dua buku je setiap kali beli, tak boleh lebih nanti tak cukup duit..hehe

Malacca Has Fallen oleh Izzudin Al-Jitrawiy

buku ini pula berkaitan sejarah melayu dan juga  sejarah zaman kegemilang Kesultanan Melayu sehinggalah zaman kejatuhannya. aku tertarik nak beli buku ini selepas tertengok video penulis di Youtube Izzuddin Al-Jitrawiy. banyak fakta menarik mengenai bangsa Melayu yg aku baru tahu sebab tu aku rasa aku kena beli & baca sendiri buku ini.


1. Dialah Bunga Berembun Bulan

2. Cincin : Di Mana Waris As-Siddiq?

3. Scarlett

koleksi buku prelove Sha Hanim Ramli yg aku beli di Shopee. aku suka dengan tulisan Sha Hanim Ramli selepas terbaca buku Kitab Lama, ini pun still tak cukup satu tapi takpelah next time je cari.

Selamat Membaca!

nak dekat hujung tahun ni banyak betul sales, dah kena stop buka Lazada & Shopee untuk bulan ini 😑

3 comments:

  1. Dari 6 tu ada 3 yang dah baca..
    Sep sikit.. tahun ini macam kena limitkan beli buku tapi kadang terlajak juga.. hehehe..

    ReplyDelete