Sinopsis Drama Demi Rindumu (Astro Ria)

Sinopsis Drama Demi Rindumu (Astro Ria)

Drama : Demi Rindumu
Slot : Astro Megadrama 
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Janna Nick, Sean Lee, Norman Hakim, Elvina

Sinopsis Drama Demi Rindumu

Diadaptasi novel Demi Rindumu yg ditulis Diya Jamal mengisahkan Nurhana yg pulang ke Malaysia selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. Rania dan Nurhana pernah menjadi kawan baik sebelum ini namun hubungan mereka menjadi buruk selepas apa yg berlaku. Nurhana tidak mahu perkara sama terjadi kepada Nasrul.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

4 comments:

  1. drama baru.. pelakon dia comel.. :)

    ReplyDelete
  2. Cikla lama dah tak layan drama hihihi

    ReplyDelete
  3. Thanks for your insight for your fantastic posting. I’m exhilarated I have taken the time to see this. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...

    ReplyDelete