Review Lakorn: Padiwarada (2016)

Review Lakorn: Padiwarada (2016)

Title : Padiwarada
English Title : Beloved Loyal Wife
Release Date : 13 January 2016
Episode : 14
Cast : James Jirayu, Bella Vanita, Mint Natwara, Ball Asanai, Pimthong Washirakom,  Arada Arayawut, Krit Amornchailerk

To show gratitude to her adoptive father, Rin Rapee accepts to disguise herself as his real daughter and marry Saran, to keep the promise their fathers had made in the past. Saran is a cold-hearted guy who suffers from his previous love. Although he knows that Rin's adoptive family has deceived him, he does not wish to return his bride, since he gets to know her beauty and kindness. Love slowly grows. But soon their love is tested, when Duangsawad, his ex-lover, returns to him, while Rin also feels guilty with the secret she is hiding from him.


Padiwarada mengisahkan Saran dan Braralee yg ditunangkan sejak kecil kerana persahabatan baik antara ayah mereka. keluarga Saran antara golongan berada juga pada zaman itu tapi Saran dan ibunya terpaksa hidup merempat apabila ayahnya membunuh diri selepas jatuh bankrap. kerana kesusahan yg dihadapi Saran belajar bersungguh-sungguh dan berjaya menjadi seorang polis.

walaupun dirinya tak berharta, Saran berusaha mengumpul duit untuk melamar kekasih dia iaitu Duangsawat tapi impian Saran musnah apabila lamarannya ditolak kerana keluarga Duangsawat menjodohkan Duangsawat dengan lelaki yg berasal daripada keturunan bangsawan.

emak Saran tak sanggup lihat anaknya kecewa lama-lama sebab itu dia nak tuntut janji yg ayah Saran buat dengan menjodohkan Saran dengan Braralee. Saran sebenarnya malas nak ingat perjanjian tu sebab dia tahu keluarga mereka bukan lagi kaya macam dulu so dia rasa mungkin Braralee pun akan tolak lamaran ibunya.


Rin Rapee pula anak angkat tapi dia dilayan seperti anak kandung dalam keluarga Braralee. apabila ibu Saran menghantar surat lamaran jadi isu sikit apabila Braralee sudah mempunyai kekasih, anak kedua pula iaitu Bodranee nak melanjutkan pelajaran, ayah Braralee jadi serba salah sebab tak dapat tunai janji pada kawan baiknya tapi akhirnya mereka bersetuju nak gantikan tempat Braralee dengan Rin dan secara rahsia mereka urus dokumen pertukaran nama antara Rin dan Braralee.

ibu Saran berasa gembira apabila dengar Braralee bersetuju dengan pertunangan tersebut. pada pertemuan pertemuan, Saran terkejut bila melihat tunang dia bukan Braralee sebab sebelum ini kawan baik dia pernah tunjuk Braralee yg sebenar. Saran sebenarnya memang marah dengan Rin tapi dia malas nak cerita hal sebenar pada ibunya.


selepas berkahwin, Saran masih lagi tak boleh nak buka pintu hati dia untuk orang lain tambahan pula dia tertanya-tanya siapa Rin ini yg sebenar. tapi siapa tak tersentuh bila dapat isteri macam Rin yg baik hati, pandai buat kerja rumah dan masak dan Rin juga pandai layan emak Saran sampai emak Saran sayang sangat dekat Rin.

lagi satu yg buat Saran jatuh hati dengan Rin ialah Rin sangat memahami dan menyokong tugas dia sebagai anggota polis. yg menjadi masalah apabila hubungan mereka nak menjadi baik mesti Duangsawat yg menyelit dalam hubungan Rin dan Saran.


Duangsawat ni memang watak yg annoying giler dalam drama ni. Duangsawat dah lama bercinta dengan Saran tapi dia tolak Saran untuk kahwin dengan lelaki yg ada status dan harta. selepas sebulan kahwin, Duang mengamuk bila tahu suami dia sebenarnya ada masalah kewangan. Duang lari dari rumah untuk mengadu pada Saran tapi terkejut bila dapat tahu Saran sudah berkahwin.

perempuan ni memang tak tahu malu dan psiko habis, dia sanggup menyewa sebelah rumah Saran sebab nak rampas Saran balik yg paling menyampah apabila Duangsawat mengaku pada rakan sekerja Saran yg dia isteri Saran padahal mereka tahu Rin isteri Saran yg sebenar.

yg geram bila Saran tak buat apa-apa dengan Duangsawat dan Rin pula langsung tak mempertahankan hak dia apabila Duang dok berlagak macam isteri Saran kat semua orang. emak Saran terpaksa campur tangan hal mereka tapi biasalah Duang ni terlebih bijak sampai emak Saran pening tak tahu nak buat apa.


yg penat bila tengok drama ialah plot dia yg dragging sangat, first pasal kerja Saran nak tangkap geng White Tiger yg berleluasa di bandar tersebut, aku rasa dari first episode tak habis mention pasal geng ni sampai last episode baru berjaya nak tumpaskan geng tersebut. lagi satu pasal Duangsawat yg terlalu mendominasi keadaan di setiap episode, rimas betul dengan Duang ni sampai aku kena skip part dia supaya dapat menjauhkan diri daripada stress.

lakonan James dan Bella memang tak ada masalah bagi aku, yg menjadi masalah watak mereka terlalu banyak main tarik tali, sekejap suka sekejap benci, sekejap cinta sekejap gaduh..aishh penat mengadap babak ni sampai 14 episode.

nak dekat episode last tu baru nampak watak utama jadi cerdik sikit, kalau sebelum ini asyik pasrah je tapi Rin bangkit melawan Duangsawat dan mempertahankan hak dia sebagai isteri Saran. pengakhirannya happy ending untuk Saran dan Rin selepas banyak kali bermain tarik tali.

8 comments:

  1. macam best je drama thailand ni.....

    ReplyDelete
  2. sy tgk smpi epi 4 je sbb meleret sgt laa cerita dia... tp yg pasti jirayu...bikin hatiku layuuuuu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meleret sgt sampai nak give up juga tengok drama ni. bertahan sebab ada jirayu je..haha

      Delete
  3. lama dah tak tengok cite thailand . Biasa tengok movie je tu pun kalau ada cerita yang best .

    ReplyDelete
  4. letih o tengok heroin duk mengalah je.. watak jahat lak annoying.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita thai memang macam ni, watak jahat tu dia punya annoying macam nak bagi penampar je, bab nak maki tu tak payah cerita la..adoyai..haha

      Delete