Novel | Kepada Dia Dengan Cinta

Hai..aku ambil masa sikit nak tulis review ini walaupun dah habis baca dua minggu lepas. aku tak ke mana pun cuma seminggu dua ni malas nak update blog, nak blogwalking ke blog orang pun tak rajin.. aish teruk betul perangai, sorry ye dan terima kasih pada sudi singgah dan tinggalkan komen di blog aku. so kali ini novel yg nak di-review ialah Kepada Dia Dengan Cinta yg ditulis oleh Marissa.


Novel : Kepada Dia Dengan Cinta
Penulis : Marissa
Helaian : 461
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2019

Novel Kepada Dia Dengan Cinta mengisahkan Darlina yg bekerja di sebuah kilang minyak masak di bahagian sumber manusia. kalau bab kerja Darlina memang tegas dan garang sampai mamat Bangladesh pun tak berani lawan bila tengok minah ni naik angin. tapi ada satu rahsia yg orang lain tak tahu iaitu Darlina dah lama minat pada Encik Naufal sanggup tolak tawaran kerja lain semata-mata Encik Naufal.

Encik Naufal pula bekerja di bahagian pengurusan dan ramai juga pekerja perempuan minat kat dia tapi dia ni dengan perempuan memang tak layan dan bagi muka langsung.

tiga tahun Darlina dok usha Encik Naufal dan siapa sangka Encik Naufal pun dah lama minat kat dia. aish untung badan kan time tu memang bahagia tak terkata. bila cinta baru nak berputik, Darlina dikejutkan pula dengan berita pertunangan dia dengan anak kawan baik ibunya. mampukah Darlina melupakan Encik Naufal dan terima pilihan ibunya..

kalau nak compare dengan novel Marissa seperti Teduhan Kasih dan Lamaran di Taman Nakajima, novel kali ini sangat santai dan ringan, perwatakan watak utama sangat menarik. cuma aku kurang suka part lepas kahwin sebab tetiba wujud konflik keluarga daripada Izwan -Wardah, watak yg tak penting pun sepatutnya kena skip je part ni. overall sangat menghiburkan dan sesuai untuk bacaan santai.

**My rating: ⭐⭐ 4/5**

Post a comment

6 Comments

  1. Tak ingat bila last baca novel malay tapi baru ni ada orang hadiahkan novel Kembali Mencintai tu. InsyaAllah kalau ada kelapangan nak baca hehe

    ReplyDelete
  2. Konflik dari watak lain pula ye.. mungkin nak menyerikan novel sahaja kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hujung-hujung tak rasa menyerikan pun kak, rasa nak cepat habis je..hehe

      Delete