Novel | Saat Aku Berpaling

(PNM e-Reader)

Novel : Saat Aku Berpaling
Penulis : Adry Tihani
Helaian : 498
Penerbit : Kaseh Aries Publication
Terbitan : May 2016

Saat Aku Berpaling mengisahkan Nadhirah yg tinggal dengan keluarga Tan Sri Malik selepas kematian ibunya. statusnya sebagai anak luar nikah kepada Tan Sri Malik menyebabkan kehadirannya tidak diterima di situ dan anak beranaknya malah Nadhirah dikurung dan diseksa oleh keluarga itu.

mungkin satu benda yg buat Nadhirah bertahan ialah kerana Tan Sri Malik, hubungan mereka kian rapat selepas Nadhirah mendermakan hatinya kepada Tan Sri Malik. sebelum Tan Sri Malik, Nadhirah mengetahui perkara sebenar yg terjadi kepada ibunya. kerana rasa marah Nadhirah menyimpan dendam dan mebuat rancangan untuk merampas syarikat milik keluarga Tan Sri Malik.

novel ni lebih banyak fokus pada watak heroin dan jalan ceritanya sangat menarik sebab jarang jumpa kisah heroin balas dendam dan buat rampasan kuasa ala-ala drama thai atau atau drama korea. boleh nampak perubahan heroin daripada jenis yg pasrah berubah dingin disebabkan rasa marah kepada orang yg dah buat hidup ibunya menderita.

Faliq pula sebagai hero mungkin tak bagi impak yg besar sangat tapi kewujudan Faliq dalam hidup Nadhirah bawa banyak erti. walaupun tak banyak sangat babak romantik tapi aku suka hubungan mereka yg tak banyak konflik.

cuma satu benda nampak menganggu tentang status Nadhirah sebagai anak luar nikah Tan Sri Malik, kat sini aku rasa banyak benda yg nampak salah sepatutnya kalau bab hukum agama memang kena rujuk pada yg pakar. lainlah kalau latar belakang watak ni bukan beragama islam atau Tan Sri Malik pernah berkahwin dengan ibu Nadhirah mungkin tak nampak sangat ada isu di situ.

overall, jalan ceritanya Saat Aku Berpaling sangat menarik walaupun ada few part macam terkurang sikit tapi not bad la untuk buku pertama daripada penulis.

1 comment:

  1. Seronok bila sesekali penulis fokuskan pada watak heroin dan perkembangan watak tu..
    Bab status Nadhirah tu memang tak dinafikan agak kurang diberikan perhatian..

    ReplyDelete