Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (TV1)

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (TV1)

Drama : Mimpi Yang Sempurna
Slot : Widuri TV1
Masa : Khamis-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Aqasha, Tiz Zaqyah, Keith Foo, Faradhiya, Elisha Sandha

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna

diadaptasi daripada novel mengisahkan Wardah bekerja sebagai pembantu kepada pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya dan tidak mesra kepada pekerja lain termasuklah Wardah. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman apabila selalu pulang lewat untuk menyiapkan setiap tugasan yg diberi Himan.

Pada sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim. 

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatah lagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka.

2 comments: