Review Drama Korea | Hotel Del Luna (2019)


Title : Hotel Del Luna
Director : Oh Choong Hwan
Screenwriter : Hong Sisters
Network : TVN
Episode : 16
Duration : 1 hour 20 minutes
Cast : IU, Yeo Jin Goo, Lee Dong Hyun, Park Yoona, P.O, Kang Mina,
Cho Hyung Chul, Lee Tae Sun, Shin Jung Keul, Bae Hae Sun


Hotel Del Luna mengisahkan Jang Man Weol pemilik Hotel Del Luna, kalau tengok dari luaran hotel ini cumalah bangunan lama yg terletak di tengah bandar Seoul dan tak nampak sebarang keistimewaan. ramai yg tak perasaan kewujudan Hotel Del Luna sebab hotel ini cuma mengalu-alukan kedatangan roh si mati yg mahu singgah sebelum pergi ke dunia lain.

first impression drama ni memang gempak sangat dengan aura seram dan misteri buat penonton nak tahu apa yg terjadi pada Jang Man Weol sebenarnya sehingga dia terpilih sebagai pemilik Guesthouse of the Moon yg kemudian ditukar nama sebagai Hotel del Luna. apa yg mencuri perhatian dengan watak Jang Man Weol ialah dia punya fashion yg ada class tersendiri.


Ku Chan Sung pula lepasan Harvard yg terpilih untuk bekerja sebagai pengurus di Hotel Del Luna. awalnya Chan Sung tak mahu bekerja di Hotel Del Luna kerana dia sudah dapat tawaran kerja di hotel lain yg terkenal di Korea dan bila tahu tetamu Hotel Del Luna sebenarnya hantu lagilah dia takut nak kerja di situ. tapi akhirnya Chansung terima juga tawaran untuk jadi pengurus Hotel del Luna.

walaupun Chansung seorang yg penakut tapi lepas bekerja di Hotel del Luna dia dapat atasi perasaan tersebut dan cuba menolong roh si mati yg mempunyai masalah untuk pergi ke dunia lain. kemunculan Ku Chansung dalam hidup Jang Man Weol ialah untuk menyelesaikan teka-teki yg berlaku.


ceritanya menarik walaupun di pertengahan cerita plot dia agak dragging dengan masalah hantu tapi momentum naik balik bila kisah di sebalik watak Jang Man Weol mula terungkai satu demi satu. antara benda yg membelenggu Jang Man Weol adalah dendam yg disimpan sekian lama, sampai satu masa dia tekad untuk membalas dendam walaupun boleh musnah diri sendiri.

apa yg cuba disampaikan dalam drama ni ialah perasaan dendam itu hanya merosakkan diri sendiri sahaja dan apabila kita belajar untuk memaafkan dan melepaskan perasaan marah itu, kita akan nampak hikmah yg tersembunyi.


Hotel del Luna mencatat drama tvn yg mendapat rating tinggi untuk tahun 2019, dengan pemilihan IU dan Yeo Jinggo sebagai pelakon utama dan ditambah pula Hong Sisters sebagai penulis skrip macam tak hairan sangat kenapa drama ni mendapat sambutan yg hangat. 

6 comments:

  1. Betul tu. Pengajaran drama ni, dendam akan memakan diri. Hiduplah dengan gembira dan bahagia =)

    ReplyDelete
  2. Dah tengok.. Memang jatuh cinta lah dengan busana jang man wol tu.. Hotel dia pun cantik..

    ReplyDelete
  3. IU cantik gila OMG I mean she's always pretty but cantik dia lain dalam drama ni. Why so pretty girl T-T

    ReplyDelete
  4. Any dramas with Yeo Jin Goo in it, I will definitely watch it because I'm a huge fan of him.
    This drama, like you said, in the middle agak draggy sampai rasa malas nak tengok but then lama2 it's building up again.

    ReplyDelete
  5. masa awal tengok kecewa sangat dengan hero tapi dah hujung drama kemain sweet dan calm haihhhh berangan kemain layan drama ni. Emosi tengok hujung tu walaupun sweet tengok diorang dua bercinta.

    ReplyDelete