Novel : Terang Bulan
Penulis : Fakhrull Halim
Helaian : 238
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2019
Terang Bulan mengisah seorang pelajar bernama Badar yg diganggu oleh 'sesuatu' selepas mengalami mimpi pelik. sejak itu kehidupan dia tidak tenang apabila seorang demi seorang rakannya menjadi mangsa pembunuhan kejam. Badar perlu bertindak untuk mencari penyelesaian untuk menghentikan pembunuhan ini.
aku tak expert yg buku ni sangat menyeramkan, sebagai seorang yg kurang berminat dengan cerita seram, dua bab pertama buat aku rasa give up nak baca buku ni bukan tak best tapi dah kena mengadap part seram yg sangat meremangkan, sampai pembunuhan kedua rasa nak termuntah so aku terus stop dan baca next day sebab aku nak tahu juga apa jenis hantu yg psiko sangat ni nak main bunuh-bunuh orang.
kisah kedua pula mengenai Sin, seorang penyanyi yg popular hingga berjaya membina populariti ke luar negara tapi ada satu sisi yg dia tak mahu tunjukkan kepada orang lain iaitu Sin ada ketagihan pelik yg melampau.
yg pasti bila terbongkar mengenai sisi gelap Sin, aku dah tak rasa seram sangat bila masuk balik kisah Badar. kenapa? sebab aku dah tahu apa jenis hantu yg mengejar si Badar ni. apa kaitan antara Badar dan Sin ni? itu kenalah baca sendiri..hehe
overall, buku yg menarik untuk dibaca dan ada mesej dan pengajaran yg cuba disampaikan oleh penulis.
Dalam wishlist ini.. banyak sangat buku menarik sekarang ini.. hehehe
ReplyDeletekeren banget nie..
ReplyDeletecuma saya kurang membaca novel
nak cari di kedai2 buku yg berhampiran ni..
ReplyDelete